KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan modus operandi baharu sindiket yang menawarkan perkhidmatan pembersihan rumah dan pejabat kepada orang ramai melalui laman sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, setakat ini, pihaknya menerima 10 laporan membabitkan kes tersebut melibatkan kerugian sebanyak RM77,888.
Beliau berkata siasatan mendapati sindiket menggunakan beberapa nama syarikat berbeza untuk mengiklankan perkhidmatan pembersihan di laman sosial sebelum meminta mangsa menghubungi mereka melalui aplikasi WhatsApp.
BACA: Scam khidmat bersih rumah: Pegawai bank nyaris jadi mangsa
"Pembayaran dibuat oleh mangsa melalui pautan laman web yang kelihatan sama dengan laman web perbankan dalam talian yang ditetapkan oleh sindiket.
"Mangsa kemudiannya cuba membuat pembayaran melalui laman web tersebut namun gagal dan menyedari ditipu apabila mendapati wang daripada akaun bank telah berkurangan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Kamarudin berkata, siasatan mendapati, sindiket menggunakan data perbankan yang dimasukkan mangsa menerusi laman web palsu itu untuk membuat pemindahan wang tanpa pengetahuan mangsa.
Menurutnya, orang ramai yang mungkin menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini diminta tampil membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Siasatan mendapati, sindiket menggunakan data perbankan yang dimasukkan mangsa menerusi laman web palsu, untuk membuat pemindahan wang tanpa pengetahuan mangsa. - Gambar hiasan
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook.
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
“Ibarat macam berbual, tapi itu bukan saya” - Jadi sasaran scammer, Aaron Aziz buat laporan polis dan aduan MCMC
Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mendedahkan terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan suara dan fotonya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam satu sindiket penipuan.
Tujuh 'keldai akaun' ditahan babit kerugian RM325,532
Menurut polis, kesemua mereka ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya secara berasingan di sekitar Pulau Pinang semalam.
Pesara guru rugi lebih RM130,000 diperdaya sindiket penipuan
Wanita berusia 59 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan senjata api.
326 mangsa penipuan pekerjaan luar negara diselamatkan
Rusdi berkata kebanyakan mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos.
Warga emas kerugian RM173,500 diperdaya 'phone scam'
Mangsa terima panggilan daripada seorang individu menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan meragukan, sebelum talian disambungkan kepada 'polis'.
Lelaki ditahan disyaki ‘keldai akaun’
Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000.
Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran.
Empat penjenayah warga Taiwan ditahan, cubaan wujudkan hab panggilan gagal
Polis menggagalkan cubaan sindiket antarabangsa untuk mewujudkan hab pusat panggilan di Malaysia bagi menjalankan kegiatan penipuan dengan menahan empat penjenayah warga Taiwan dalam operasi khas.