awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud

Bernama
Bernama
09/12/2024
13:32 MYT
Pesara swasta rugi RM873,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Lelaki warga emas itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari. - Gambar hiasan
KULAI: Seorang pesara swasta kerugian RM873,000 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud pada Oktober lepas.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata lelaki warga emas berusia 65 tahun itu berminat untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak 10 hingga 30 peratus dalam tempoh tiga hari.
Beliau berkata suspek mendakwa wang keuntungan itu akan dimasukkan ke akaun milik mangsa dalam satu aplikasi khas.
"Mangsa yang tertarik dengan keuntungan dijanjikan telah melakukan 19 transaksi pembayaran berjumlah RM873,000 ke tujuh akaun bank tempatan bermula 18 Okt hingga 27 Nov lepas.
"Setelah bayaran dibuat, mangsa membuat semakan akaun dalam aplikasi miliknya dan mendapati keuntungan yang dipaparkan di aplikasi itu adalah sebanyak RM2,359, 863.30," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tan bagaimanapun berkata apabila mangsa ingin membuat pengeluaran wang daripada aplikasi itu, dia mendapati bahawa akaun tersebut telah disekat, sekali gus mengesyaki ditipu sebelum membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#pelaburan tidak wujud
#mangsa rugi
#polis
#mangsa penipuan
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan