awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia esok

Pia Ernadya
Pia Ernadya
26/01/2025
14:16 MYT
PDRM ketatkan prosedur keselamatan sempena lawatan Presiden Indonesia esok
Razarudin berkata, nasihat itu adalah untuk mengelakkan segala kesulitan kepada para peserta 1,000 pesawah, serta pandangan negatif terhadap PDRM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan lawatan rasmi Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto ke Malaysia, khususnya Putrajaya esok bebas daripada apa jua ancaman keselamatan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, prosedur keselamatan tersebut diambil susulan terdapat pertindihan tarikh dan waktu dengan kunjungan (penyerahan memorandum) 1,000 pesawah ke Putrajaya esok.
“PDRM telah menerima maklumat berkaitan kunjungan 1,000 pesawah ke Putrajaya bertarikh 27 Januari 2025, jam 10 pagi di hadapan bangunan Perdana Putra (PMO), Putrajaya.”
“PDRM menghormati hasrat para peserta, namun kami menasihati supaya memilih tarikh dan waktu yang berlainan bagi penyelerasan tugasan dan aturan keselamatan yang lebih sempurna,” katanya menerusi sebuah kenyataan media pada Ahad.
Ujarnya, nasihat itu adalah untuk mengelakkan segala kesulitan kepada para peserta 1,000 pesawah serta pandangan negatif terhadap PDRM, sekiranya mereka terpaksa melalui prosedur keselamatan yang ketat.
"Aturan keselamatan ini selari dengan tanggungjawab PDRM di bawah seksyen 3(3) Akta Polis 1967 bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan negara," tambah Razarudin lagi.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Tan Sri Razarudin Husain
#Prabowo Subianto
#keselamatan
#Putrajaya
#Lawatan Negara
#pesawah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan