KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan secara menyeluruh kes sekumpulan anggota polis yang dikatakan melakukan kekerasan terhadap seorang penyokong parti politik di pekarangan sebuah balai polis di Kota Bahru, Kelantan Jumaat lepas.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata siasatan akan dijalankan mengikut prosedur bagi mengenal pasti sama ada insiden berkenaan melibatkan kesalahan jenayah atau hanya salah laku.
Beliau berkata PDRM tidak akan berkompromi terhadap anggota-anggota polis yang terlibat dalam kejadian itu sekiranya terdapat unsur jenayah.
"Kalau siasatan itu hanya ada kesalahan salah laku, ia akan berakhir dengan tindakan tatatertib iaitu di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
"Sekiranya terdapat unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, PDRM akan mengambil tindakan daripada sudut jenayah dan kami tuduh (di mahkamah)," katanya pada sidang media sewaktu Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 15 saat memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal dan memakai bendera sebuah parti dikasari beberapa individu yang dipercayai anggota polis.
Sabtu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan PDRM telah mengenal pasti anggota-anggota polis yang terlibat dalam kejadian itu.
Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang telah diumumkan untuk mengisi jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang baharu, menyerahkan tugas kepada Datuk Allaudeen Abdul Majid yang dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa hari ini.
Sementara itu, mengulas tentang perkembangan kes penemuan bahan letupan pada kenderaan peguam Siti Kasim, Mohd Shuhaily berkata suspek masih belum dikenal pasti setakat ini.
"Polis tidak menemukan sebarang petunjuk baharu meskipun pelbagai sumber dan siasatan telah dijalankan.
"Buat masa ini, sebanyak 13 individu telah diambil keterangan. Tetapi kami tidak dapat menemukan sesiapa yang mempunyai motif. Kami mengharapkan jika sesiapa mempunyai maklumat lanjut (tampil) untuk panjangkan kepada polis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 14 2023
Azri berkata siasatan akan dijalankan mengikut prosedur bagi mengenal pasti sama ada insiden berkenaan melibatkan kesalahan jenayah atau hanya salah laku. - Gambar Bernama
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Kes Faisal Halim: Polis nafi tangkap suspek ketiga
Polis menafikan dakwaan ada tangkapan suspek ketiga membabitkan kes simbah asid terhadap tonggak pasukan bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
Kes Faisal disimbah asid: Polis tunggu hasil analisis cap jari suspek
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan serta tempat di lokasi kejadian.
Polis hubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC
Polis mengesahkan telah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan susulan laporan dibuat sebelum ini.
Akaun IG dakwa ada maklumat kes simbah asid Faisal Halim adalah palsu - PDRM
PDRM mengenal pasti bahawa akaun IG Muhammad Imran Suresh, yang mendakwa memiliki maklumat berkaitan kes kejadian simbah asid pemain skuad kebangsaan adalah palsu.
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu jadi cabaran global - Ayob Khan
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.
Kertas siasatan logo mirip kalimah Allah pada kasut diserah kepada AG
Kertas siasatan berhubung logo yang didakwa mirip kalimah Allah tertera pada tapak kasut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
12 individu ditahan terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs, kerugian lebih RM11 juta
Dua belas individu ditahan kerana disyaki terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs di tujuh negeri melibatkan kerugian melebihi RM11 juta.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.