awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM lancar 'Behavioral Science Unit', ambil konsep FBI

Faida Rahim
Faida Rahim
21/08/2024
06:15 MYT
PDRM lancar 'Behavioral Science Unit', ambil konsep FBI
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengadakan sidang media selepas melancarkan penubuhan pasukan Behavioral Science Unit (BSU) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
CHERAS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan Unit Sains Tingkah Laku atau Behavioral Science Unit (BSU) berdasarkan konsep Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat (AS).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata tujuan penubuhan BSU dalam JSJ ialah untuk menjadikan siasatan polis ebih efektif, berfokus dan tepat.
Jelas beliau, siasatan melibatkan aspek sains tingkah laku serta psikologi antara lain membolehkan polis memahami dengan lebih mendalam berkaitan personaliti suspek, mangsa serta saksi.
"Ada dua perkara baharu yang JSJ usahakan iaitu BSU dan satu lagi yang kita panggil Cyber Task Force.
"BSU ini diambil daripada apa yang telah diamalkan sekian lama oleh FBI AS yang mana mereka telah menubuhkan unit yang sama sejak tahun 1972. Jadi sudah 52 tahun.
"Bagi saya dan JSJ, langkah ini perlu dilakukan memandangkan complexity jenayah hari ini memerlukan analisis yang lebih menyeluruh.
"Dengan harapan ia ada komposisi psikologi, komposisi forensik dan komposisi siasatan itu sendiri yang mana akhirnya akan menghasilkan satu mutu siasatan yang lengkap dan baik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan penubuhan pasukan BSU di Maktab PDRM Kuala Lumpur pada Rabu.
FBI antara lain mempunyai Unit Analisis Tingkah Laku (BAU) yang menjadi popular dalam drama penyiasatan jenayah Criminal Minds.
BSU adalah pasukan elit yang terdiri daripada pakar profil jenayah yang menggunakan analisis tingkah laku dan teknik pemprofilan untuk menyiasat jenayah dan mencari suspek yang dikenali sebagai "unsub" (subjek yang tidak diketahui).
Pasukan ini bekerja rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang lain untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang rumit, termasuk pembunuhan bersiri, penculikan, dan kes-kes keganasan yang lain.
Topic Berkaitan
#PDRM
#FBI
#Behavioral Science Unit
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan