awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM

Bernama
Bernama
02/11/2024
02:20 MYT
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Razarudin berkata rakaman percakapan mangsa telah diambil di IPD Cheras dan mangsa turut diminta membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya. - Foto fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Siasatan kes seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera seorang penuntut senior telah dimulakan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan kira-kira 8.20 malam tadi (1 Nov) dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Kejadian dikatakan berlaku pada 11.45 malam 22 Okt lepas, di bilik asrama UPNM selepas penuntut senior yang juga pegawai kadet tahun empat telah meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya.
"Secara tiba-tiba, pelajar senior berusia 22 tahun itu telah mengambil seterika dipegang pengadu sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanannya sebanyak satu kali," katanya ketika dihubungi hari ini.
Razarudin berkata tindakan penuntut senior itu menyebabkan mangsa terkejut dan menjerit serta menyebabkan kecederaan melecur, dan ketika kejadian beberapa orang penuntut senior dikatakan turut berada di dalam bilik berkenaan.
Beliau berkata rakaman percakapan mangsa telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan mangsa turut diminta membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan untuk tidak berkompromi dengan budaya samseng, buli dan gangsterisme di institusi pendidikan masing-masing.
Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman dilaporkan berkata Angkatan Tentera Malaysia tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes berkenaan dengan siasatan terperinci sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#kes buli
#dera
#UPNM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan