IPOH: Prihatin terhadap penderitaan penduduk Palestin, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak berjaya mengumpul dana RM23,538 untuk Tabung Kempen Solidariti Palestin.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dana itu adalah hasil sumbangan semua warga PDRM Perak mulai 27 Okt hingga 5 Nov lalu.
Menurutnya, dana itu akan disalurkan kepada tabung tersebut yang dilancarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada 27 Okt lalu.
Katanya, inisiatif kutipan sumbangan itu juga merupakan tanda sokongan PDRM Perak terhadap Tabung Kemanusiaan Palestin bagi perkhidmatan awam yang dilancarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 24 Okt lalu.
“PDRM Perak sentiasa menyokong sebarang inisiatif murni dan misi manusia sejagat, termasuk membantu meringankan kesengsaraan yang sedang dialami rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan di sini semalam .
Sempena malam kemuncak 25 tahun Karnival Jubli Perak Masjid Bukit Aman pada 27 Okt lalu, PDRM bersama MyFundAction melancarkan Tabung Solidariti Palestin sebagai tanda sokongan dan keprihatinan warga PDRM ke atas perjuangan rakyat Palestin.
Razarudin berkata, tabung itu diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin.
"Kami turut bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara-saudari kita di Palestin.
“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung serta memberi keceriaan kepada mereka,” katanya.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Nov 17 2023
MOHD YUSRI: PDRM Perak sentiasa menyokong sebarang inisiatif murni dan misi manusia sejagat, termasuk membantu meringankan kesengsaraan yang sedang dialami rakyat Palestin. - Gambar fail BERNAMA
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
HBN 2024: MGBM gerakkan Tabung Solidariti Palestin, sasar kutipan RM1 juta
Kutipan mula digerakkan kepada pengunjung HBN 2024 yang berlangsung tiga hari bermula semalam dan turut digerakkan di semua peringkat persatuan.
PDRM Perak sumbang lebih RM23,000 kepada Tabung Kempen Solidariti Palestin
Dana itu adalah hasil sumbangan semua warga PDRM Perak mulai 27 Okt hingga 5 Nov lalu.