awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran berlaku di lokasi persidangan WEF semasa Trump berada dalam bangunan
[TERKINI] Bekas PTD mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah RM2.12 juta
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan OPR kekal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM sahkan terima laporan polis dari Peguam Negara

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
27/02/2019
14:42 MYT
PDRM sahkan terima laporan polis dari Peguam Negara
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menerima laporan itu pada pada Rabu, 27 Februari. - Gambar fail/Shahir Omar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan polis daripada Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai dakwaan yang mengaitkan beliau dengan anti-Islam.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pihaknya menerima laporan itu pada pada Rabu, 27 Februari dan siasatan telah pun dimulakan.
“Polis menerima laporan berikutan Peguam Negara terkesan dengan posting di laman media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.
“Ia berbunyi ‘Dah blh perangi golongan haprak ni- Peguam Negara dah bersuara: Penghinaan Nabi dan Islam bukan penjenayah, merrka berhak lontarkan pandangan (Tommy Thomas).
“Siasatan terhadap kes terbabit sudah pun dimulakan selepas laporan diterima mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Menerusi sebuah portal berita, Tommy dilaporkan berkata, ada pelbagai mesej beredar di media sosial yang menuduhnya tidak senang dengan Islam.
Beliau berkata, perkara berkenaan tidak benar dan beliau membuat laporan polis supaya ia boleh disiasat.
Topic Berkaitan
#dakwaan anti-Islam
#Facebook
#fuzi harun
#Ketua Polis Negara
#PDRM
#Peguam Negara
#Tommy Thomas
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan