KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM akan merakam keterangan kesemua mangsa yang terlibat untuk mengesan pihak yang merekrut kesemua mangsa berkenaan ke Peru.
“Kita difahamkan mereka ini telah sampai ke Peru pada 29 September lalu sebelum ditahan pihak berkuasa Peru pada 7 Oktober.
“Sekiranya kita sudah kenal pasti suspek, kertas siasatan akan dibuka untuk tentukan orang-orang yang terlibat ini (rekrut) akan ditangkap untuk siasatan PDRM.
“Setakat ini pihak Kementerian Luar dalam usaha untuk membawa pulang kesemua 43 mangsa sebelum polis laksanakan tindakan selanjutnya,” katanya ketika sidang media di Bukit Aman di sini pada Selasa.
Ujarnya lagi, kesemua mangsa itu terdiri daripada 26 wanita dan 17 lelaki yang berusia sehingga 36 tahun.
Dalam pada itu, Razarudin menggesa masyarakat supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan scam pekerjaan di luar negara kerana ramai rakyat Malaysia yang masih menjadi mangsa.
Lebih buruk katanya, ada yang terpaksa berdepan dengan seksaan pihak sindiket ekoran tidak menepati KPI (sasaran) pekerjaan walaupun menerima pekerjaan tidak seperti apa yang dijanjikan.
Baru-baru ini dilaporkan, seramai 43 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan selepas dilarikan ke negara Amerika Selatan, Peru.
Menurut Kementerian Luar, semua mangsa terbabit yang dipercayai menjadi mangsa penyeludupan manusia berjaya diselamatkan pihak polis republik itu dalam satu serbuan di sekitar kota raya Lima yang juga ibu negara republik itu.
Hilmi Malik
Tue Oct 10 2023

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. - Foto Bernama

Harga lantai padi naik RM1,500 satu tan berkuatkuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

Google kemas kini Gemini Live dengan model baharu faham banyak bahasa
Gemini Live adalah chatbot AI suara yang membolehkan pengguna berkomunikasi seakan berbual dengan manusia.
"Pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi" - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Kerajaan tetap komited terus beri subsidi dan insentif pada pesawah seperti bayaran insentif upah baja, bantuan racun bagi mengawal penyakit tanaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kalau terjerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar" - Timbalan Speaker
Kekocahan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Shah Alam menyuarakan semasa perbahasaan isu pembelaan pesawah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan komited jadikan industri padi tunjang utama keterjaminan makanan negara - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan komited untuk menjadikan industri padi sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu dari semua pihak
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"AI pada ketika ini sangat rancak digunakan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata platfom media sosial juga berusaha untuk menangani masalah penyalahgunaan AI
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kita dapati ada yang beberapa platfom yang sering kali di salah guna" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata beberapa langkah yang telah diambil termasuk mengenakan menarik balik exemption oder (pas diplomat) yang memerlukan platfom memenuhi syarat seperti mendaftar dengan MCMC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang pada penambahbaikkan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata MCMC telah melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platfom media sosial.
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
SERY antara usaha KBS untuk perusahaan sosial - Timbalan Menteri KBS
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata program Social Entreprenuership Rural Youth (SERY) dianjurkan untuk meningkatkan perusahaan sosial di penempatan terpencil.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Tidak boleh hanya bergantungan pada pembangunan belia"- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata agensi dan pertubuhan di Malaysia anjurkan kerjasama yang lebih strategik dan beri tumpuan kepada cabaran belia meningkat dewasa seperti pembangunan ekonomi
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara

PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.