awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan terlibat lumba haram di Setiu
Pelajar asnaf, anak yatim dan B40 antara penerima manfaat biasiswa baharu KPMB–KPKPM
Hakim dalam kes Charlie Kirk dengar permohonan gugurkan pasukan pendakwaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma

Bernama
Bernama
17/01/2026
01:30 MYT
PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma
Laporan polis tentang kehilangan Nadia Kesuma dibuat oleh ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA semalam. - Foto fail/BERNAMA
SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kes kehilangan pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan gagal dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah di Arab Saudi pada Khamis lepas.
Laporan polis tentang kehilangan Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadia Kasumawati Abdul Karim dibuat oleh ahli keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi ketika dihubungi Bernama berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.
Media melaporkan pelakon filem Syaitan Munafik itu dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis.
Kehilangan itu turut disahkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) semalam.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah berkata beliau secara peribadi telah memaklumkan perkara terbabit kepada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk menjejaki pelakon berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nadia Kesuma
#PDRM
#laporan polis
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan