awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM teruskan misi pasca banjir di Terengganu dua minggu lagi

Bernama
Bernama
10/01/2017
23:18 MYT
PDRM teruskan misi pasca banjir di Terengganu dua minggu lagi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan program Tangan Bersalaman sempena misi pasca banjir dalam tempoh dua minggu lagi. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan program Tangan Bersalaman sempena misi pasca banjir dalam tempoh dua minggu lagi.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata setakat ini pihaknya telah menggerakkan 550 pegawai dan anggota sepanjang musim banjir dan pasca banjir di seluruh Terengganu.
Katanya bagi program pasca banjir pihaknya telah melaksanakan program itu di daerah yang terjejas antaranya Kuala Terengganu, Besut, Setiu, dan Hulu Terengganu.
"Tugas kami bukan hanya memfokuskan pada pencegahan jenayah namun kami juga terlibat membantu memindahkan mangsa dan membersihkan kawasan bencana," katanya kepada pemberita selepas program pasca banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang, di sini, pada Selasa.
Turut terlibat dalam misi itu ialah kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Anggota Pertahanan Awam, sukarelawan dan penduduk kampung.
Katanya, SK Pulau Redang dipilih dalam misi ini berikutan sukar bagi sukarelawan untuk sampai ke lokasi berkenaan ekoran kekangan dari segi pengangkutan seperti bot untuk membawa mereka membersihkan sekolah itu.
"Di sepanjang musim banjir di negeri ini juga kesemua elemen termasuk 43 kenderaan termasuk lori, pacuan empat roda dan 47 buah bot telah digerakkan bagi membantu mangsa banjir.
Alhamdulillah sepanjang bencana ini melanda tiada sebarang kematian direkodkan begitu juga dengan kes pecah rumah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Rosli Ab Rahman
#JPNT
#PDRM
#SK Pulau Redang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan