awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tidak lindungi anggota terlibat kes jenayah

Faida Rahim
Faida Rahim
22/02/2023
03:50 MYT
PDRM tidak lindungi anggota terlibat kes jenayah
Tan Sri Razarudin Husain ketika merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang pada Rabu. - Astro AWANI
SERDANG: Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi atau menyembunyikan anggota terlibat dalam bentuk kesalahan jenayah, dadah atau menjadi ahli kumpulan haram.
Beliau menegaskan pihak PDRM tidak akan berkompromi dan tindakan tegas bakal diambil ke atas anggota yang didapati bersalah.
“Warga pasukan diingatkan supaya menjaga tingkah laku walau di mana berada serta apa jua keadaan sekalipun.
“Tidak dapat dinafikan dalam perkembangan serta kepesatan teknologi media sosial masa kini, kita sering menjadi perhatian masyarakat yang mana setiap salah laku warga Pasukan akan dilaporkan di media sosial,” katanya semasa merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini.
Sehubungan itu, beliau turut menyeru seluruh masyarakat agar menjadi rakan kolaborasi PDRM dengan menyalurkan maklumat yang boleh membantu membanteras jenayah seiring dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.
Topic Berkaitan
#IPD Serdang
#Razarudin Husain
#jenayah
#anggota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan