awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tidak perlu ambil tindakan terhadap pengkritik saya - PM Anwar

Bernama
Bernama
05/12/2025
09:45 MYT
PDRM tidak perlu ambil tindakan terhadap pengkritik saya - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bertemu pengamal media di Masjid Cyberjaya 10 untuk menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah. - Foto Bernama
CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu menyiasat individu yang mengkritiknya selagi tidak menyentuh aspek jenayah.

Ringkasan AI
  • Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia tidak perlu menyiasat individu yang mengkritik beliau selagi tidak melibatkan unsur jenayah.
  • Beliau menegaskan bahawa tindakan polis tidak perlu diambil terhadap pengkritik politiknya, kecuali jika melibatkan jenayah yang jelas atau tuduhan yang keterlaluan.
  • Anwar mengecam pihak yang menyokong kritikan tidak berasas dan keterlaluan terhadapnya, serta menegaskan arahannya agar kritikan terhadapnya atau Perdana Menteri tidak sepatutnya diambil tindakan.

Beliau berkata polis juga tidak perlu mengambil tindakan terhadap pengkritik dan sebarang kritikan yang dilontarkan kepada dirinya yang bermotifkan politik semata-mata.
"Beberapa tindakan terhadap beberapa pengkritik kerajaan termasuk serangan terhadap saya, saya telah beri arahan tidak perlu disiasat.
"Saya tidak pertikai apa tujuan matlamat orang-orang yang menyerang (kerana) kadang-kadang tidak berasas tetapi saya telah mengarahkan (tiada tindakan) selain daripada kes jenayah yang jelas atau tuduhan yang agak keterlaluan...yang sudah tidak ada tatasusila," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Cyberjaya 10 di sini hari ini.
Anwar turut menempelak tindakan segelintir pihak yang menyokong tindakan mengkritik dengan melontarkan kata-kata keterlaluan dan tidak berasas.
"Saya pun aneh juga merasakan betapa kadang-kadang orang-orang dalam parti Melayu dan Islam mendukung hal-hal sedemikian.
"Walau bagaimanapun, saya telah mengarahkan supaya kritikan terhadap Anwar atau sebagai Perdana Menteri tidak harus diambil tindakan.
"Apa lagi kalau nak kata-kata berpaut hanya politik atau meminta supaya Perdana Menteri undur atau letak jawatan atau disingkir. Kenyataan biasa itu saya tidak fikir, saya atau PDRM harus layan," katanya.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pengkritik
#PDRM
#ambil tindakan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan