awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tidak pernah umum tempat sasaran kumpulan militan di ibu negara

Hakim Rahman
Hakim Rahman
17/01/2016
08:21 MYT
PDRM tidak pernah umum tempat sasaran kumpulan militan di ibu negara
PDRM memandang serius penyebaran berita itu kerana membangkitkan kegusaran dan ketakutan masyarakat secara keterlaluan. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut secara spesifik tempat-tempat yang menjadi sasaran pengganas.
Ketua Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata, PDRM memandang serius penyebaran berita itu kerana membangkitkan kegusaran dan ketakutan masyarakat secara keterlaluan.
Katanya, kenyataan media Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 15 Januari lalu hanya menyebut bahawa pihak polis akan mempertingkatkan pengawasan dan kawalan keselamatan di tempat-tempat tumpuan awam demi menjamin keselamatan masyarakat.
BACA: Bangsar, Hartamas antara 'hotspot' baharu ancaman pengganas - Tengku Adnan
BACA: PDRM nafi ancaman militan Daish di ibu negara
"Masyarakat dinasihati agar tidak mudah percaya dan berhenti dari berkongsi berita-berita yang boleh membangkitkan keresahan, khususnya yang bukan dikeluarkan oleh agensi keselamatan negara." katanya dalam kenyataan itu.
Tambahnya, peningkatan dalam jumlah keanggotaan pegawai polis di tempat-tempat tumpuan awam adalah bertujuan memberi keyakinan kepada masyarakat.
Viral di media sosial yang menyebut secara khusus beberapa tempat yang kononnya telah disahkan menjadi sasaran kumpulan militan Daish untuk melakukan serangan di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Asmawati Ahmad
#daish
#militan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan