awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tingkat kawalan keselamatan sepanjang LIMA 2017

Bernama
Bernama
21/02/2017
05:51 MYT
PDRM tingkat kawalan keselamatan sepanjang LIMA 2017
Seramai 871 pegawai dan anggota polis termasuk kawalan trafik akan ditugaskan sepanjang LIMA 2017 berlangsung. - Bernama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan kawalan sepanjang berlangsungnya Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang bermula dari 21 hingga 25 Mac ini.
Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata seramai 871 pegawai dan anggota polis termasuk kawalan trafik akan ditugaskan sepanjang acara bertaraf dunia itu berlangsung khususnya bagi memastikan keselamatan terjamin.
"Mesyuarat kali keempat telah diadakan semalam bagi memperkemaskan aspek-aspek keselamatan sempena LIMA 2017," katanya selepas majlis perbarisan tamat latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Sokongan Siri 1/2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Langkawi di sini, hari ini.
Seramai 299 pelatih mengikuti latihan asas itu selama empat bulan mulai 23 Oktober lalu.
Jelasnya, PDRM buat julung kalinya turut akan terlibat secara langsung dalam Latihan Mencari dan Menyelamat (Sarex) LIMA 2017 yang akan bermula dari 27 Feb hingga 2 Mac ini.
Latihan itu katanya bagi menyediakan prosedur operasi standard sekiranya berlaku sesuatu kemalangan seperti yang berlaku pada LIMA 2015 apabila dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawalan keselamatan
#Langkawi
#Lima
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan