awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tunggu pengesahan pihak berkuasa Filipina - KPN

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2015
12:04 MYT
PDRM tunggu pengesahan pihak berkuasa Filipina - KPN
KHALID: Pengesahan dari pihak berkuasa Filipina mengenai dakwaan bangkai pesawat terbabit dijangka mengambil tempoh dua hari.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah meminta kerjasama pihak berkuasa Filipina untuk ke lokasi yang didakwa ada serpihan pesawat di Pulau Sugbay di Selatan Filipina.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang menunggu pengesahan dari pihak berkuasa Filipina sebelum membuat tindakan susulan.
Menurut Khalid, pengesahan itu dijangka mengambil tempoh dua hari.
"Kita sudah minta rakan di Filipina untuk membuat pemeriksaan... untuk pergi ke lokasi berkenaan dan buat pengesahan kalau ada. Setakat ini, kita dah buat pemeriksaan tapi kita belum dapat apa-apa lagi," katanya selepas Majlis Penutupan Sukan 4 Penjuru ke-12 Sukep di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, pada Ahad.
Laporan polis berhubung penemuan itu dibuat oleh salah seorang penduduk di kepulauan itu di Balai Polis Sandakan dan setakat ini tiada bukti kukuh selain gambar yang dibawa pengadu.
Sebelum ini, dilaporkan dakwaan bangkai pesawat di Pulay Sugbay itu mencetus lebih banyak spekulasi yang dikaitkan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 8 Mac 2014.
Khabar yang mencetuskan pelbagai reaksi itu bermula dengan dakwaan seorang remaja lelaki yang menemui bangkai pesawat itu sewaktu memburu unggas di kawasan lembah hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi pada awal September lalu.
Topic Berkaitan
#bangkawi pesawat
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
#polis
#Pulau Sugbay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan