awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM ucap takziah kepada keluarga dua anggota polis yang maut dalam kemalangan

Bernama
Bernama
08/08/2021
10:45 MYT
PDRM ucap takziah kepada keluarga dua anggota polis yang maut dalam kemalangan
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang mewakili PDRM berasa sedih dengan kejadian menimpa dua anggota polis berkenaan yang terkorban semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab diamanahkan. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggotanya yang maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 24.4 Lebuhraya Silk arah Kajang ke Putrajaya, di sini, awal pagi tadi
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang mewakili PDRM berasa sedih dengan kejadian menimpa dua anggota polis berkenaan yang terkorban semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab diamanahkan.
Beliau berkata tugas sebagai anggota penguatkuasaan undang-undang ini penuh dengan cabaran dan risiko tinggi, namun ini tidak melunturkan semangat untuk terus memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.
"Jalan raya bukan tempat untuk berlumba dan melakukan aksi-aksi membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. PDRM akan memastikan kebajikan keluarga anggota yang terkorban ini diberikan perhatian sebaiknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Dua anggota polis maut kemalangan semasa kejar pelumba haram
Awal pagi tadi, dua anggota polis maut dalam kemalangan yang berlaku ketika mereka mengejar pelumba haram di kilometer 24.4 Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) dari arah Kajang ke Putrajaya.
Anggota yang terkorban dalam nahas itu adalah Sjn Mohd Arifah Md Yasin, 36, dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik dan Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi, 26, dari cawangan Jenayah D4. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Diraja Malaysia
#PDRM
#dua anggota maut
#kemalangan
#pelumba haram
#Lebuhraya Lingkaran Kajang
#silk
#Kajang
#Putrajaya
#Ketua Polis Negara
#Acryl Sani Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan