awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecah rumah: Pencuri, pembeli hasil curi ditahan

Bernama
Bernama
08/09/2022
10:26 MYT
Pecah rumah: Pencuri, pembeli hasil curi ditahan
Polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun Selasa lepas bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Sibu Jaya, Sibu pada 13 Ogos lepas.
SIBU: Polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun Selasa lepas bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Sibu Jaya pada 13 Ogos lepas.
Susulan penahanan pada 11.35 pagi tu, polis berjaya menahan dua lagi lelaki berusia 45 dan 54 tahun di bandar ini yang dipercayai membeli hasil curi daripada suspek.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu berjaya merampas kembali kesemua barangan curi merangkumi selaras senapang patah laras tunggal, 12 butir peluru pelbagai jenis, kain pua kumbu serta aksesori pakaian tradisional Iban bernilai RM2,000 milik pengadu.
"Polis turut merampas selaras lagi senapang patah laras tunggal daripada suspek terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kejadian pecah rumah itu berlaku ketika pengadu sedang bercuti di Miri bersama keluarganya.
Katanya, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah di Sibu Jaya dengan penahanan tersebut dan kesemua lelaki itu direman lima hari untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pecah rumah
#hasil curi
#Sibu Jaya
#senapang patah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan