KUCHING: Pedofilia Alladin Lanim yang telah dijatuhi hukuman penjara 48 tahun enam bulan dan 15 sebatan dijangka berdepan dengan beberapa lagi pertuduhan.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya akan mencadangkan perkara itu kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.
"Pada 5 Julai, Alladin telah berjaya ditangkap dengan ribuan bahan pornografi kanak-kanak di dalam telefon bimbitnya dan beliau disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Aidi berkata lima kanak-kanak dari kawasan kejiranan suspek juga telah tampil bersama ibu bapa mereka untuk membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
Beliau berkata Alladin yang didakwa di Mahkmah Sesyen di sini pada 16 dan 17 Ogos lepas dengan 18 pertuduhan telah dihukum dengan 48 tahun enam bulan penjara dan 15 sebatan.
Sementara itu, Aidi berkata laporan bahawa Alladin telah ditangkap di pusat kuarantin di Kuching setelah pulang dari Semenanjung Malaysia adalah tidak tepat.
Beliau berkata Alladin tidak pernah keluar dari Sarawak sejak pulang ke negeri itu pada 2016.
Sebaliknya Aidi menjelaskan tangkapan Alladin adalah hasil kerjasama pihak polis Malaysia bersama polis Australia yang mengenal pasti identiti suspek melalui kegiatannya di 'Darkweb'.
"Hanya berbekalkan maklumat ini, polis telah menjalankan risikan sehingga berjaya mengetahui keberadaan Alladin yang bekerja sebagai konduktor lapangan di sebuah ladang kelapa sawit di Biawak, Lundu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
Alladin yang didakwa di Mahkmah Sesyen di sini pada 16 dan 17 Ogos lepas dengan 18 pertuduhan telah dihukum dengan 48 tahun enam bulan penjara dan 15 sebatan. - Gambar hiasan
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pedofilia Alladin bakal berdepan beberapa lagi pertuduhan
Pedofilia Alladin Lanim yang telah dijatuhi hukuman penjara 48 tahun enam bulan dan 15 sebatan dijangka berdepan dengan beberapa lagi pertuduhan.