awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai AADK Negeri Sembilan langgar SOP, lepas individu positif dadah - EAIC

Bernama
Bernama
10/06/2025
07:10 MYT
Pegawai AADK Negeri Sembilan langgar SOP, lepas individu positif dadah - EAIC
EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil siasatan turut mendedahkan beberapa individu yang didapati positif dadah telah dilepaskan semasa operasi itu, yang juga kesalahan di bawah Seksyen 221 Kanun Keseksaan.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini mendedahkan beberapa pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa menjalankan operasi di Kampung Felda LBJ, Labu pada 8 Mac 2023.

Ringkasan AI
  • Beberapa pegawai AADK Negeri Sembilan gagal mematuhi SOP semasa operasi di Kampung Felda LBJ, termasuk melepaskan individu yang didapati positif dadah.
  • EAIC merujuk kesalahan jenayah tersebut kepada Pendakwa Raya dan mencadangkan tindakan tatatertib terhadap pegawai terlibat.
  • Siasatan dijalankan susulan aduan awam mengikut peruntukan Akta 700.

EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil siasatan turut mendedahkan beberapa individu yang didapati positif dadah telah dilepaskan semasa operasi itu, yang juga kesalahan di bawah Seksyen 221 Kanun Keseksaan.
Susulan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk dapatan perlakuan jenayah kepada Pendakwa Raya menurut subperenggan 30(1)(c) Akta 700.
Pada masa sama, EAIC memaklumkan kesalahan pegawai-pegawai AADK terlibat akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dengan syor hukuman tatatertib di bawah subperenggan 30(1)(b) Akta 700.
EAIC sebelum ini menerima aduan terhadap AADK Negeri Sembilan berhubung dakwaan berkaitan tindakan melepaskan beberapa individu yang didapati positif dadah semasa operasi serbuan.
Susulan itu, siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai AADK Negeri Sembilan
#Kampung Felda LBJ
#positif dadah
#EAIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan