awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai Bailtulmal direman bantu siasatan salah guna kuasa

Bernama
Bernama
21/02/2019
07:55 MYT
Pegawai Bailtulmal direman bantu siasatan salah guna kuasa
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Nur Haryatie Mohd Saini selepas Pegawai Penyiasat SPRM Negeri Sembilan Mohd Khairi Abdul Karim mengemukakan permohonan. - Gambar fail
Seorang penjawat awam direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa melibatkan kerja-kerja pembekalan cenderahati dianggarkan bernilai RM20,865.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Nur Haryatie Mohd Saini selepas Pegawai Penyiasat SPRM Negeri Sembilan Mohd Khairi Abdul Karim mengemukakan permohonan.
Suspek yang berusia 33 tahun dan bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam (Baitulmal) Daerah Kuala Pilah didakwa telah menggunakan kedudukannya dengan mencadang dan mengesahkan permohonan bagi melantik Syarikat Al Baiquni Enterprise dalam kerja pembekalan Cenderahati Asnaf kepada Baitulmal Daerah Kuala Pilah, pada Jun 2017.
Suspek juga mempunyai kepentingan peribadi dalam kerja pembekalan tersebut yang kerja-kerja berkenaan dijalankan sendiri olehnya dengan menggunakan nama syarikat Al Baiquni.
Beliau ditahan pada 3.30 petang semalam di Pejabat SPRM Negeri Sembilan ketika hadir untuk memberi keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, suspek lelaki berkenaan hadir ke mahkamah di sini dengan diiringi pegawai SPRM dan peguam A. Kriyshanaa.
Topic Berkaitan
#Al Baiquni Enterprise
#Bailtulmal
#mahkamah
#penjara
#penjawat awam
#reman
#siasatan
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan