awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MCA tiada niat tinggalkan BN - Wee Ka Siong
Kerajaan tidak halang Selangor laksana ternakan babi berpusat, moden - Mohamad Sabu
Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan PBT antara tiga ditahan terlibat rasuah sejak 2014

Bernama
Bernama
25/08/2025
15:57 MYT
Pegawai kanan PBT antara tiga ditahan terlibat rasuah sejak 2014
Sumber berkata SPRM juga telah membekukan 19 akaun perbankan milik individu serta syarikat melibatkan nilai lebih RM7 juta. - Gambar fail/Facebook SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang pegawai kanan gred Jusa B yang berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu negara, kerana disyaki terlibat dengan rasuah sejak 2014.
Menurut sumber, dua suspek pula melibatkan seorang lelaki yang merupakan pemilik syarikat dan seorang wanita berumur lingkungan 40-an, masing-masing ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberikan keterangan antara 1 tengah hari hingga 2 petang tadi.
Suspek lelaki berumur lingkungan 50-an yang berkhidmat dengan PBT pula ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 4 petang tadi.
"Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat rasuah sejak 2014, suspek berjawatan pemilik syarikat terbabit dipercayai telah membayar rasuah kepada pegawai PBT berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan projek di PBT terbabit.
"Susulan tangkapan terhadap ketiga-tiga individu itu, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM150,000, empat peranti telekomunikasi, dua unit kenderaan jenis Lexus RX500H serta Mini Cooper, beg tangan serta kasut berjenama Hermes dan Louis Vuitton," katanya kepada Bernama.
Sumber berkata SPRM juga telah membekukan 19 akaun perbankan milik individu serta syarikat melibatkan nilai lebih RM7 juta.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ketiga-tiga individu itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pegawai kanan
#pbt
#wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan