MALAYSIA
Pegawai kanan PBT berpangkat 'Datuk' direman bagi bantu siasatan SPRM

Seorang penjawat awam bergelar 'Datuk' ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek-projek Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Melaka. - Gambar Bernama
Seorang pegawai kanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Melaka bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan rasuah melibatkan projek di agensi berkenaan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM turut membekukan akaun peribadi suspek yang bernilai jutaan ringgit.
Penolong Pendaftar Majistret, Mahkamah Ayer Keroh, Syarina Shaarani Tan membenarkan suspek yang berusia 55 tahun itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 2 Disember ini.
Suspek ditahan pada Isnin di sekitar bandaraya Melaka kerana disyaki meminta wang suapan bagi projek berkaitan PBT berkenaan.
SPRM dijangka akan menahan beberapa lagi individu berkaitan bagi membantu siasatan kes tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami