awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan polis maut kemalangan

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
27/05/2017
06:22 MYT
Pegawai kanan polis maut kemalangan
Allahyarham Madon Budin meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. -Astro AWANI/Nazialita Geynna Maharan
Hasrat seorang pegawai kanan polis untuk menyambut Ramadan pertama bersama keluarga hari ini tidak kesampaian apabila kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar penghadang besi pada awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian jam 3.47 pagi di Kilometer 283.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan dekat sini, mangsa Deputi Superintendan (DSP) Madon Budin, 59, yang bertugas sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan patah tulang rusuk.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika ditemui pemberita berkata mangsa yang memandu kenderaan jenis Toyota Vios itu dipercayai dalam perjalanan pulang untuk menyambut Ramadan bersama keluarga di Batu Caves, Selangor.
“Siasatan di lokasi mendapati kereta dipandu mangsa remuk di bahagian hadapan.
“Bagaimanapun setakat ini kita tidak dapat mengenal pasti kereta dipandu mangsa melanggar objek apa terlebih dahulu memandangkan tiada kesan ditemukan di tempat kejadian,” katanya di sini pada Sabtu.
Beliau turut memberitahu jenazah akan diserahkan kepada keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Lumpur-Karak selepas urusan bedah siasat selesai.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Topic Berkaitan
#IPD Ipoh
#kemalangan
#Madon Budin
#meninggal dunia
#penghadang besi
#PLUS
#Ramadan
#Sum Chang Keong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan