Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat sebarang kemungkinan mengenai penahanan dua pegawai Kementerian Luar Negeri pada Selasa lalu terhadap dakwaan tuntutan palsu di mana mereka dikatakan menerima 'arahan' dari pihak atasan.
Walau bagaimanapun, sumber SPRM memberitahu Astro AWANI bahawa pihak mereka tidak menolak kemungkinan bahawa pegawai-pegawai tersebut ‘dipaksa’.
Namun begitu, kemungkinan tersebut merupakan perkara terakhir yang akan dilihat mereka.
Menurut sumber, suspek-suspek tersebut dikatakan telah merencana tuntutan palsu mereka ketika Sidang Kemuncak APEC di Hawaii, Amerika Syarikat.
Malah, suspek juga dipercayai tahu selok-belok mengenai pengurusan dan prosedur perbelanjaan program-program yang melibatkan kerajaan atau kementerian.
“Kami percaya bahawa tuntutan palsu tersebut sudah pun dirancang terlebuh dahulu. Malah mereka juga telah melanggar pelabagai peraturan perbendaharaan negara,” kata sumber tersebut.
Dua pegawai tersebut juga dipercayai telah membuat tuntutan sebannyak USD126,000 (RM378,000) dan tuntutan tersebut itu juga telah dihantar kepada Duta Malaysia ke Amerika Syarikat sempena sidang kemuncak tersebut yang berlangsung pada November 3 hingga 16, 2011.
Tuntutan tersebut merujuk kepada penggunaan pengangkutan dan pengurusan logistik. Wang yang diperoleh menerusi akaun Kedutaan Besar Malaysia di Washington (KBMW).
“Jumlah tuntutan tersebut tidak sama dengan jumlah wang yang diberi kepada mereka dan hasil pemeriksaan kami dengan syarikat pengangkutan tersebut, kami mendapati jumlah yang dibayar adalah 30 peratus kurang dari jumlah tuntutan yang diminta,” tambah sumber itu.
Kedua-dua pegawai tersebut dipercayai bekerjasama dalam menghantar penyata perbelanjaan kepada KBMW yang mengandungi maklumat salah mengenai sidang tersebut.
Semalam, SPRM menahan dua pegawai kerajaan berusia dalam 40 an untuk membantu siasatan. Mereka ditahan di Pejabat SPRM di Putrajaya.
Siasatan dijalankan dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Pengarah SPRM (Siasatan), Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan tersebut.
Astro Awani
Thu Jan 09 2014
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Tiada bukti kukuh penglibatan pegawai kerajaan, pemimpin politik dengan GISB
KDN tidak menolak sebarang kemungkinan kerana siasatan PDRM masih diteruskan daripada pelbagai sudut dan peruntukan undang-undang.
Jangan jadi tali barut pengganas - Jauteh
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun hari ini mengingatkan semua pihak termasuk anggota polis dan pegawai kerajaan supaya tidak menjadi tali barut kepada kumpulan pengganas.
PM seru jadikan Malaysia negara MADANI berpaksikan kekuatan Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat untuk bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara MADANI yang berpaksikan kepada kekuatan, semangat dan berjiwa Islam.
Kecekapan pegawai kerajaan perlu dipertingkat, elak kelewatan pelaksanaan projek - PM
Beliau menjelaskan, perkara itu penting bagi memastikan tidak ada projek-projek yang telah diluluskan lewat dilaksanakan.
Pegawai kerajaan perlu persiapkan diri dengan kemahiran di lapangan - Sultan Kedah
Pegawai kerajaan perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran di lapangan serta kemampuan mengatur strategi untuk berdepan sebarang bencana yang melanda negara, titah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan
SPRM tahan pegawai kerajaan dipercayai terima rasuah untuk percepatkan bayaran kontraktor
Seorang pegawai kerajaan di sebuah kementerian ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini, setelah disyaki menerima kira-kira RM40,000 wang rasuah sebagai balasan untuk m
Program bahasa Korea IDFR perkukuh diplomasi budaya Korea Selatan-Malaysia
Kursus bahasa Korea yang kali pertama ditawarkan oleh IDFR, memberi peluang kepada pegawai dan diplomat kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Korea Selatan dan Malaysia.
United Kingdom haramkan pegawai kerajaan guna TikTok
Tindakan diambil kerana risau kemungkinan kerajaan China mendesak pemilik TikTok berkongsi maklumat pengguna.
Ukraine larang pegawai kerajaan ke luar negara kecuali atas tugasan rasmi
Keputusan itu terpakai kepada semua pegawai kerajaan Pusat dan kerajaan tempatan.
Rasuah projek penyelenggaraan babitkan RM300 juta, empat individu direman
Kesemua suspek lelaki berusia antara 39 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam selepas hadir memberikan keterangan.