Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar beberapa lagi pegawai untuk menyoal siasat suspek kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis yang ditahan pihak berkuasa Thailand di negara
berkenaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata buat masa ini perkara itu sedang dirunding dengan pihak berkuasa Thailand.
"Yang dah dihantar pun ada...ramai tangkapan yang dibuat oleh Thailand jadi kami sedang rancang satu persatu," katanya pada sidang media selepas melancarkan filem 'Bukit Kepong' versi digital definisi tinggi di sini, pada Selasa.
Beliau menjelaskan setakat ini belum ada tangkapan suspek oleh pihak berkuasa Thailand yang diserahkan kepada PDRM.
"Mereka pun belum selesai lagi siasatan di sebelah sana...kami pun tak nak ganggu perancangan pihak Thailand. Jadi kami kena bincang dengan mereka," katanya.
Khalid bagaimanapun tidak memaklumkan berapa ramai suspek rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand.
Pada akhir Mei lepas, negara digemparkan dengan penemuan 139 kubur yang dikesan pihak berkuasa di 28 kem transit yang dibina oleh sindiket pemerdagangan manusia di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian.
Setakat ini, 106 mayat telah dijumpai.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata tiga orang dipercayai warga Rohingya ditahan di Johor Bahru bagi membantu siasatan penemuan kem tahanan di Wang Kelian itu.
"Kami percaya ini antara mangsa yang pernah ditahan di kem itu, mereka sedang disiasat, kami juga tak sabar untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di kem itu, bagi kami sedikit masa," katanya.
Ditanya sama ada wujud elemen seksaan atau pembunuhan hasil post-mortem mayat yang dikeluarkan dari kubur di kem tahanan berkenaan, Khalid berkata ia masih terlalu awal untuk dibuat kesimpulan.
"Buat masa ini post-mortem masih diteruskan. Kami hanya menemui satu (rangka mayat) yang tulang rusuknya patah. Itu pun kami tak tahu sama ada dia jatuh atau didera," katanya.
Ditanya sama ada wujud penemuan terbaharu kubur mangsa pemerdagangan manusia seperti mana ditemukan di Wang Kelian, beliau berkata tidak ada kubur baharu kecuali yang telah beliau umumkan.
"Kami telah selesai membuat pemeriksaan di kawasan sempadan. Saya percaya tentera juga telah melaksanakan tugas mereka, dan tiada laporan mengenai penemuan terbaharu," katanya.
Bernama
Wed Jun 24 2015
Dalam perkembangan sama, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiga orang dipercayai warga Rohingya ditahan di Johor Bahru bagi membantu siasatan penemuan kem tahanan di Wang Kelian itu. - Gambar Fail
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.
Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman
Wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.
SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
Pihak-pihak dalam saman fitnah gagal capai penyelesaian dengan Nurul Izzah
Semasa pendengaran rayuan terakhir, mahkamah rayuan meminta pihak-pihak berkenaan cuba menyelesaikan masalah mereka.
Pekerja Afrika: Sivarraajh gesa menteri fikir implikasi sosial
Umum mengetahui kemasukan warga asing khususnya dari Afrika telah memberi kesan secara langsung dalam peningkatan kadar jenayah komersial dan jenayah berat di Malaysia.
Polis nafi gugur kalimah Allah, Muhammad pada logo PDRM
PDRM telah menetapkan dua garis panduan penggunaan logo pasukan yang berkuat kuasa pada tahun 2014.
RCI Wang Kelian: Henti seketika siasatan atas arahan KPN
Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron berkata, arahan itu diterimanya selepas beliau menghubungi Khalid menerusi panggilan telefon pada 20 Januari 2015.
'Siasatan semula kehilangan Pastor Raymond, Amri selepas ganti IGP' - Tun M
Kerajaan akan membuka semula siasatan berhubung kehilangan Pastor Raymond yang dikaitkan dengan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia PDRM seperti didedah Suhakam, Rabu lalu.
Polis di belakang kehilangan paderi Raymond, Amri - SUHAKAM
Kedua-dua Raymond dan Amri Che Amat disyaki oleh pihak SUHAKAM disasarkan kerana terlibat dalam isu menyentuh agama Islam.
1MDB: 'Belum ada petunjuk, biar SPRM jalankan siasatan dulu' - KPN
Penahanan atau siasatan terhadap mana-mana individu atau pihak baharu akan dibuat berdasarkan petunjuk daripada siasatan ketika ini.