Para pegawai penguatkuasaan agama perlu mencerminkan keindahan Islam dengan sifat-sifat berhemah ketika memenuhi tugas, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah dalam melaksanakan sesuatu operasi, pegawai penguatkuasaan agama juga perlu mengamalkan pendekatan berdakwah untuk menyeru ke jalan kebaikan, memanggil pihak yang melakukan kesilapan untuk diberikan nasihat secara tertutup serta mengaturkan sesi bimbingan dan kaunseling.
"Modus operandi kakitangan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam hendaklah berpandukan pendekatan preventif dan bukannya pendekatan punitif," titah baginda pada Majlis Pelancaran Logo dan Pelan Strategik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di sini hari ini.
Sultan Nazrin bertitah pegawai penguatkuasaan agama berada di barisan hadapan dan mereka terdedah kepada penilaian umum.
Justeru, titahnya perbuatan para pegawai penguatkuasaan yang memperlihatkan kuasa sehingga meminggirkan adab, tertib dan sopan, bukanlah budaya yang dianjurkan oleh Islam.
"Tindakan secara kasar dan keras, merendah-rendah dan memperkecilkan hingga mengakibatkan orang merasa terhina, dizalimi dan diaibkan termasuk secara lisan tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pegawai penguatkuasaan agama," titahnya.
Sultan Nazrin bertitah para pendukung amanah wajib diserahkan kepada mereka yang ahli dalam bidangnya, menghormati hukum dan melaksanakan hukum secara adil pada setiap masa tanpa memilih kasih dan berasa gentar.
"Tugas wajib disempurnakan secara berhemah, terutama dalam kalangan mereka yang telah diamanahkan dengan kuasa," titah baginda.
Dalam pada itu, baginda bertitah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) turut mengambil langkah merangka pelan strategik untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Pelan strategik ini ialah komponen pengisian yang mengandungi rangka kerja tindakan untuk mencapai misi dan objektif MAIPk," titahnya.
Sultan Nazrin bertitah dalam tempoh lima tahun pelaksanaannya, pelan strategik ini harus memberi ruang kepada pengubahsuaian.
"Teknologi pada hari ini, berubah dengan fasa yang tersangat laju. Situasi ekonomi dan urus niaga dunia, begitu jua senario politik dan urus tadbir dunia tidak kekal statik.
"Penemuan baharu terus berlaku, perubahan turut berlaku sepanjang masa. Apa yang hari ini disifatkan baharu, boleh menjadi sejarah dan boleh menjadi jumud dalam tempoh masa yang singkat.
"Oleh itu, MAIPk hendaklah berwaspada, peka dan cerdas untuk membaca dan mentafsir dinamik yang berlaku serta sedia melakukan pengubahsuaian kepada strategi yang telah diperkenankan ini, selaras dengan perkembangan dan perubahan, senario semasa dunia dan negara," titah baginda.
Baginda bertitah pembinaan imej dan reputasi serta membina persepsi positif masyarakat terhadap MAIPk adalah komponen yang amat perlu diberikan perhatian.
Titah baginda, pengendalian dan pengurusan media, amat penting diurus secara profesional supaya media dapat membantu membina imej dan reputasi MAIPk agar masyarakat mempunyai persepsi positif terhadap majlis agama itu.
"Amatlah silap jika organisasi bersikap pasif dan berandaian bahawa masyarakat akan dapat memahami niat baik yang mahu mereka laksanakan.
"Amalan yang kurang bersifat 'anticipative', amalan yang tidak proaktif, atau amalan yang lebih cenderung bersifat defensif, selepas berlakunya sesuatu kesalahfahaman, sudah tidak sesuai lagi.
"Era ini adalah era yang menuntut pengurusan mengamalkan budaya ketelusan dan keterbukaan maklumat. Oleh itu, Yang Dipertua dan ahli-ahli serta pengurusan MAIPk wajib mengurus imej MAIPk dan persepsi awam secara profesional," titah baginda.
Mengenai logo majlis agama Islam itu, Sultan Nazrin bertitah ia dilakar untuk memberi satu identiti kepada MAIPk.
"Logo ini hanyalah satu lakaran di atas kertas, logo ini, sekadar satu simbol, satu lambang.
"Yang lebih penting dibina, ialah imej dan reputasi serta persepsi positif dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap MAIPk," titah baginda.
Bernama
Tue Sep 27 2016
SUltan Nazrin bertitah, tindakan secara kasar dan keras, merendah-rendah dan memperkecilkan hingga mengakibatkan orang merasa terhina dan dizalimi. - Gambar fail
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Peniaga wanita dikompaun kerana tidak patuhi waktu perniagaan ketika Ramadan
Wanita itu menyediakan makanan dan memasak lauk sekitar 20 hingga 30 bungkus, untuk dijual kepada pelanggan yang tidak berpuasa.
MAIS iktiraf pernikahan hanya jika berdaftar dengan JAIS
Walaupun ia sah di sisi Islam, setiap pasangan yang gagal mendaftar akan menimbulkan pelbagai masalah lain pada masa akan datang.
Johor sediakan modul atasi ajaran sesat
Modul berkenaan akan dibentangkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terlebih dahulu sebelum diterbitkan.
Restoran tumpuan 'geng plastik hitam' diserbu, dua 'ulat' diberi notis
Antara penerima notis ialah dua pekerja restoran tersebut yang bertindak sebagai penghantar makanan kepada individu tidak berpuasa.
JHEAIK kenal pasti 71 'port' kaki ponteng puasa di Kedah
Sebanyak 200 anggota dan pegawai penguat kuasa JHEAIK akan lakukan penguatkuasaan bagi mengambil tindakan ke atas individu dan peniaga terlibat.
Majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan dibenarkan bermula esok
Bagi akad nikah di JAWI dan juga masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutan, hanya lima orang dibenarkan hadir.
Surau di semua lebuh raya PLUS dibuka semula hari ini
Pengguna lebuh raya yang berhenti untuk menunaikan solat di kawasan berkenaan dinasihatkan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
KPDNHEP Perak serbu kilang makanan ringan guna sijil halal tidak sah
Semakan mendapati, alamat premis digunakan dua syarikat dan kedua-duanya menggunakan logo halal pada setiap makanan ringan keluaran mereka.
JAINJ nafi berlaku kekerasan ketika operasi serbuan ke atas pengikut Syiah di Kempas
Tosrin Jarvanthi berkata serbuan itu dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Mudahkan urusan menuntut harta - Tengku Abdullah
Jabatan agama seharusnya lebih aktif memberi pendedahan berkenaan kepentingan menuntut harta pusaka demi kesinambungan hidup anggota keluarga yang ditinggalkan.