awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai penguat kuasa disyaki minta rasuah direman tiga hari

Bernama
Bernama
23/08/2024
14:57 MYT
Pegawai penguat kuasa disyaki minta rasuah direman tiga hari
Seorang pegawai penguat kuasa sebuah agensi di sini yang disyaki meminta rasuah kira-kira RM6,500 sebagai balasan membantu menyelesaikan kes berkaitan judi laga ayam hari ini ditahan reman selama tiga hari. - Foto Sinar Harian/SPRM
GEORGE TOWN: Seorang pegawai penguat kuasa sebuah agensi di sini yang disyaki meminta rasuah kira-kira RM6,500 sebagai balasan membantu menyelesaikan kes berkaitan judi laga ayam hari ini ditahan reman selama tiga hari.
Majistret Mohamad Azlan Basri mengeluarkan perintah reman hingga 25 Ogos ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Lelaki berumur 30-an itu ditahan pada kira-kira 4 petang semalam di sekitar Pulau Pinang.
Menurut sumber, suspek disyaki melakukan perbuatan itu baru-baru ini semasa proses jamin pengadu bersama 12 rakan pengadu yang lain.
"Suspek dipercayai telah meminta RM500 daripada setiap orang dan jumlah keseluruhan ialah RM6,500... bagaimanapun, semasa tangkapan dibuat (penguat kuasa) hanya menemui wang tunai kira-kira RM5,000," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai penguat kuasa
#minta rasuah
#SPRM
#direman
#laga ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan