awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai polis ditahan, disyaki rogol tahanan wanita

Bernama
Bernama
09/06/2021
08:49 MYT
Pegawai polis ditahan, disyaki rogol tahanan wanita
Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa dibawa keluar dari lokap dan dibawa ke bilik suspek di BSJN IPD Kota Bharu. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan dan sedang disiasat selepas didakwa merogol seorang tahanan wanita di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini, Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata pegawai cawangan narkotik berusia 29 tahun dan sudah berkahwin itu kini direman mulai hari ini hingga Sabtu ini.
Terdahulu, katanya, mangsa berstatus janda berusia 27 tahun dan mempunyai dua orang anak ditangkap bersama bekas suaminya di rumahnya ketika serbuan oleh pegawai dan anggota BSJN IPD Kota Bharu, Jumaat lalu.
Katanya susulan serbuan dan tangkapan itu, mangsa dan bekas suaminya telah direman di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa selama tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
"Menurut mangsa, kejadian berlaku semasa dia dibawa keluar dari lokap oleh suspek dan dibawa ke bilik suspek di BSJN IPD Kota Bharu.
"Semasa berada di bilik tersebut, suspek menyatakan bahawa kesnya boleh selesai sekiranya mangsa menuruti kehendaknya dan memaksa mangsa melakukan seks oral dan persetubuhan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Wan Khairuddin berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#rogol tahanan
#JSJN
#inspektor
#IPD Kota Bharu
#Kelantan
#narkotik
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan