KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ahli perniagaan dikenali sebagai 'Datuk Roy' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM640,000 supaya anak bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak direman SPRM.
Mohd Rasyidi Mohd Said, 43, dan Datuk Roy atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
"Faham Yang Arif, mengaku tidak bersalah," kata kedua-dua tertuduh kepada Hakim Azura Alwi.
Mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan, 47, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Datuk Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan pihak SPRM.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bangsar, di sini, antara 9 dan 11 malam, 5 Mac lalu.
Mereka juga didakwa menerima suapan untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain iaitu wang tunai berjumlah RM240,000 daripada Syed Farid Syed Al Attas, 41, sebagai dorongan untuk tidak menahan reman individu sama semasa siasatan pihak SPRM.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas, di sini, antara jam 2 dan 4 petang, 6 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di hadapan Hakim Suzana Hussin, Mohd Hussien turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan meminta rasuah wang berjumlah RM2 juta untuk dirinya daripada Siti Dalena dan Syed Farid.
Ia sebagai dorongan untuk menukarkan pertuduhan yang lebih ringan, menukar keterangan tertuduh kepada saksi, dan mengurangkan wang jaminan terhadap kes pendakwaan yang dihadapi oleh ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Kampung Melayu Kepong, di sini, pada Februari 2023 dan pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.
Suzana membenarkan Mohd Hussein diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan manakala Mohd Rasyidi diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport ke mahkamah dan melapor diri ke pejabat SPRM Kuala Lumpur sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 7 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Selvam T Armugom menawarkan jaminan antara RM10,000 dan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM berhampiran kediaman sebulan sekali.
"Untuk makluman mahkamah, Mohd Hussein telah dituduh di satu lagi Mahkamah Sesyen sebentar tadi. Pihak kami memohon agar kes tersebut dipindahkan ke mahkamah ini untuk dibicarakan bersama," katanya yang mengendalikan kes bersama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Nor Diana Nor Azwa.
Sementara itu, peguam Fahmi Abd Moin, yang mewakili Mohd Hussein berkata pihaknya tidak membantah jumlah jaminan tersebut, namun memohon supaya anak guamnya yang tinggal di Kuantan, Pahang melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Peguam Mohd Hezri Shaharil mewakili Mohd Rasyidi memohon jaminan dikurangkan daripada RM10,000 memandangkan anak guamnya yang merupakan penjawat awam menanggung empat anak berumur antara 16 hingga setahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
Mohd Rasyidi Mohd Saiddan Datuk Roy atau nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan ke atas mereka hari ini. - Foto Bernama
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Pegawai SPRM didakwa rompak hampir RM1 juta, beg LV
Dua pegawai SPRM dan seorang bekas pegawai mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merompak seorang ahli perniagaan warga China, hampir RM1 juta di sebuah residensi mewah dua tahun lalu.
Pegawai SPRM, Datuk Roy didakwa rasuah RM640,000 supaya anak Muhyiddin tidak direman
Seorang pegawai SPRM dan ahli perniagaan dikenali sebagai 'Datuk Roy' berhadapan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah supaya anak Muhyiddin Yassin tidak direman.
Pegawai SPRM ditahan kes edar dadah
Datuk Razarudin Husain berkata, suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut dalam sejak setahun lalu.
Tiada laporan berhubung dakwaan wang kes AS$6 juta lesap - Polis
Polis mengesahkan tidak menerima laporan membabitkan isu dakwaan kehilangan barangan kes wang tunai AS$6 juta yang dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pegawai SPRM dituduh terima rasuah, sebagai dorongan tidak ambil tindakan
Shahrul Izuan Mohd. Zain, 41, dan Teoh Peng Sin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan-pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan hakim.
SPRM dipantau lima panel bebas, telus tanpa campur tangan mana-mana pihak
Azam berkata dengan wujudnya panel bebas yang bukan daripada pegawai kerajaan itu juga, boleh dikategorikan sebagai wakil kepada rakyat bagi memantau SPRM dari semasa ke semasa.
Empat direman menyamar pegawai SPRM, minta suapan RM2 juta
Ia bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan sebanyak RM2 juta untuk menyelesaikan kes melibatkan seorang individu berpangkat Datuk Seri.