awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai tinggi kerajaan setuju imbuhan tetap keraian disalur untuk Tabung COVID-19

Bernama
Bernama
09/04/2020
03:28 MYT
Pegawai tinggi kerajaan setuju imbuhan tetap keraian disalur untuk Tabung COVID-19
MOHD ZUKI: Kadar pengurangan ITK bagi Gred Utama/Khas B dan C adalah sebanyak lima peratus serta 10 peratus bagi Gred Utama/Gred Khas A dan ke atas. -Gambar fail
Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi bersetuju untuk menyumbang kepada Tabung COVID-19 melalui pengurangan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat bersama Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan pada Selasa (7 April).
"Kadar pengurangan ITK bagi Gred Utama/Khas B dan C adalah sebanyak lima peratus serta 10 peratus bagi Gred Utama/Gred Khas A dan ke atas," katanya.
Katanya sumbangan tersebut dibuat oleh para pegawai tinggi kerajaan kerana peka terhadap situasi semasa negara.
Bagaimanapun, katanya pengurangan ITK tersebut dikecualikan kepada pegawai petugas barisan hadapan yang menerima elaun khas dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.
"Segala penjimatan daripada pengurangan ITK akan disalurkan ke dalam Tabung COVID-19.
"Inisiatif ini dilaksanakan atas rasa tanggungjawab para penjawat awam dan sebagai tanda sokongan kepada negara dalam menangani penularan wabak COVID-19,"katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Imbuhan Tetap Keraian
#ITK
#Jawatan Utama Sektor Awam
#Jusa
#koronavirus
#Kumpulan Pengurusan Tertinggi
#Mohd Zuki Ali
#Pegawai Perkhidmatan Awam
#Tabung COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan