awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam akan bincang dengan Najib berhubung tindakan selanjutnya ke atas WSJ

Shuhami Zabri
Shuhami Zabri
05/10/2015
16:43 MYT
Peguam akan bincang dengan Najib berhubung tindakan selanjutnya ke atas WSJ
Hafarizam: Pihaknya akan berbincang tindakan selanjutnya dengan anak guamnya Najib dalam masa terdekat berhubung jawapan balas WSJ. - Gambar Fail
Firma guaman, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengesahkan telah menerima jawapan balas daripada peguam akhbar Wall Street Journal (WSJ), berhubung artikel yang disiarkan pada 3 Julai lalu yang mendakwa wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata pihaknya akan berbincang tindakan selanjutnya dengan anak guamnya, Najib dalam masa terdekat berhubung jawapan balas WSJ.
Menurutnya, jawapan balas WSJ melalui Tetuan Rodyk & Davidson LLP itu tidak menjawab sepenuhnya pertanyaan Najib.
"Jawapan balas WSJ, pada dasarnya tidak menjawab dengan jelas sama ada WSJ akan atau tidak akan memohon menggunakan Akta Ucapan Amerika (US Speech Act).
"Bagaimanapun, peguam WSJ ada menegaskan, anak guamnya (WSJ) tidak akan mengenepikan apa juga pembelaannya." katanya dalam dalam kenyataan kepada Astro Awani, pada Isnin.
Hafarizam bagaimanapun, tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai tindakan Najib seterusnya, atas alasan kerahsiaan antara peguam dan anak guam.
Najib, sebelum ini telah menghantar surat guaman kepada WSJ, bertanya sama ada ia akan memohon menggunakan Akta Ucapan Amerika jika beliau menyaman akhbar itu berkaitan laporan berkenaan.
Menurut Hafarizam, peguam WSJ telah memberi maklum balas kepada surat guaman yang dihantar sebelum ini, dalam tempoh 15 hari yang ditetapkan yang tamat pada September 30.
Dalam satu artikel bertarikh Julai 2, WSJ dipetik sebagai berkata maklumat yang diperolehi penyiasat Malaysia yang memeriksa kewangan 1MDB mendakwa terdapat dana berjumlah US$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke akaun yang didakwa milik peribadi Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Akta Ucapan Amerika
#Tetuan Rodyk & Davidson LLP
#Wall Street Journal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan