awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam bersolidariti jadi 'geng botak' persis Yasin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
12/04/2022
08:43 MYT
Peguam bersolidariti jadi 'geng botak' persis Yasin
Yusmadi Yusoff mencukur rambut sebagai tanda solidariti kepada Yasin Sulaiman, yang kini berdepan dengan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan menanam dan mengedar dadah jenis ganja. - Gambar IG/yusmadi.yusoff
KUALA LUMPUR: Peguam Yasin Sulaiman, Yusmadi Yusoff mencukur rambut sebagai tanda solidariti kepada bekas penyanyi nasyid itu yang kini berdepan dengan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan menanam dan mengedar dadah jenis ganja.
Dalam satu perkongsian di laman Instagram peribadinya, peguam itu berkata, beliau membuat keputusan itu selepas melawat anak guamnya di Penjara Sungai Buloh, di sini pada minggu lalu.
"Selepas melawat sahabat saya di Penjara Sungai Buloh minggu lepas, saya nak bersolidariti dengan sahabat saya Yasin @yasinsulaiman yang sekarang rambutnya dah dipotong pendek.
View this post on Instagram
A post shared by Yusmadi Yusoff (@yusmadi.yusoff)
"Ini kali pertama saya potong macam ini, ok ke jadi geng 'botak'?" katanya dalam entri terbaharunya di sini, pada Selasa.
Yusmadi yang juga bekas Ahli Parlimen Balik Pulau itu turut memuat naik sekeping gambar terbaharunya bersama hashtag #Justice4Yasin #justiceforyasinsulaiman #solidaritiforyasinsulaiman #temansejati.
Yasin, 47, sebelum ini didakwa atas dua pertahun dan bagi pertuduhan pertama dia dituduh menanam 17 pokok kanabis dalam pasu plastik berisi tanah boleh diperolehi sama ada secara terus atau secara tidak langsung.
Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.
Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.
Difahamkan selebriti yang sudah bercerai itu mempunyai dua orang anak.
Kegiatan itu berjaya dikesan menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di rumah tertuduh di Kota Damansara, di sini.
Topic Berkaitan
#Yasin Sulaiman
#gantung sampai mati
#solidariti cukur rambut
#Yusmadi Yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan