awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Jamal akan jumpa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian

Sinar Harian
Sinar Harian
13/06/2018
01:01 MYT
Peguam Jamal akan jumpa Pejabat Pengarah Tanah dan Galian
Perjumpaan tersebut akan diadakan dalam kadar segera memandangkan notis mengarahkan premis ditutup.
Peguam kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Mohd Imran Tamrin akan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai notis penutupan Restoran Gabungan NGO 1Malaysia.
Beliau yang juga peguam mewakili Datuk Seri Jamal Md Yunos itu berkata, perjumpaan tersebut akan diadakan dalam kadar segera memandangkan notis mengarahkan premis ditutup selewat-lewatnya pada 18 Jun ini.
“Saya baru sahaja dimaklumkan oleh staf restoran bahawa telah terima notis mengarahkan untuk kosongkan premis.
“Saya pun tidak dapat lihat lagi notis tersebut dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Restoran Gabungan NGO 1Malaysia yang dibuka Jamal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur itu didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 425 (1) Kanun Tanah Negara kerana menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah dari pihak berkuasa negeri.
Topic Berkaitan
#Jamal Md Yunos
#NGO
#peguam
#restoran
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan