Skip to main content

Bisnes

Unifi Business buka laluan perniagaan Sabah ke pasaran global dengan digital dan AI

 Jiwa SME Sabah, Unifi Business_Astro AWANI
Kelvin Shaman berkata, antara cabaran utama usahawan tempatan ialah meningkatkan skala perniagaan, membina keterlihatan jenama dan menghubungkan produk mereka dengan pelanggan baharu. - Foto Astro AWANI
Advertisement

KOTA KINABALU: Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah sedang melalui proses adaptasi teknologi digital bagi memperluas pasaran, meningkatkan kecekapan operasi dan membina perniagaan yang lebih berdaya saing.

Pengurus Besar Penyelesaian Digital Next-Gen Unifi Business, Kelvin Shaman Manoharan berkata, Sabah memiliki pelbagai hasil pertanian serta produk makanan tempatan yang unik, berkualiti dan mempunyai nilai komersial tinggi.

“Kalau usahawan di Sabah boleh kembangkan perniagaan mereka secara digital peringkat global, itu akan membuka peluang lebih besar untuk mereka. Ini secara tidak langsung boleh meningkatkan pendapatan mereka dan boleh menjana pendapatan yang lebih banyak,” katanya ketika ditemui pada Jelajah JIWA SME 2026 di Suria Sabah.

Kelvin Shaman berkata, antara cabaran utama usahawan tempatan ialah meningkatkan skala perniagaan, membina keterlihatan jenama dan menghubungkan produk mereka dengan pelanggan baharu.

Sehubungan itu, platform e-dagang, misalnya, membolehkan produk tempatan ditemukan dan dibeli oleh pelanggan tanpa batasan lokasi. Antara contoh yang diketengahkan ialah usahawan Sabah, Mama Best Food, yang memanfaatkan Unifi eCommerce Hub untuk membuka saluran jualan baharu dan mengembangkan perniagaannya secara lebih tersusun.

Selain mendapatkan pelanggan baharu, usahawan turut berdepan cabaran untuk kekal relevan dalam pasaran yang semakin kompetitif. Mereka perlu konsisten dalam aspek penjenamaan, penghasilan kandungan dan interaksi bersama pelanggan.

Telupid Petshop, yang turut berasal dari Sabah, merupakan antara perniagaan yang mendapat manfaat daripada Digital Marketing Solution (DMS) Unifi Business bagi meningkatkan jangkauan jenamanya. Pengalaman itu menunjukkan bahawa pemasaran digital bukan sekadar memuat naik kandungan di media sosial, tetapi perlu dijadikan sebahagian daripada strategi pertumbuhan perniagaan.

Dalam pada itu, Kelvin Shaman berkata, kecerdasan buatan (AI) boleh membantu usahawan menghasilkan kandungan, menjalankan kajian, menganalisis data, berinteraksi dengan pelanggan dan melaksanakan tugasan harian dengan lebih cekap.

“Unifi Business bukan sekadar sebuah organisasi yang mahu menjual produk. Kami juga mahu beri pendidikan, melalui platform seperti Jiwa SME, mengenai cara menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjana poster, video dan bahan promosi lain.

“Kita juga ada jelajah-jelajah lain yang dilaksanakan di bawah Unifi Business Club untuk didik usahawan cara menggunakan AI,” katanya.

Bagi sektor agromakanan, penggunaan data yang lebih baik juga boleh membantu usahawan memahami permintaan pelanggan, mengurangkan pembaziran dan mengoptimumkan sumber. Namun, pertambahan proses secara digital perlu disokong oleh keterhubungan yang stabil, perlindungan data, perkhidmatan awan dan keselamatan siber.

Atas keperluan itu, Unifi Business menyediakan ekosistem penyelesaian yang merangkumi kesalinghubungan, perkhidmatan awan, keselamatan siber dan penyelesaian digital untuk menyokong perjalanan transformasi PMKS. Selain Jelajah JIWA SME, usahawan boleh mendapatkan panduan dan sokongan menerusi Unifi Business Club, Unifi Store serta platform Impak Biz.

Sabah, katanya, mempunyai produk bernilai, kisah tempatan yang unik dan usahawan berpotensi besar. Dengan penggunaan teknologi yang tepat, lebih banyak produk tempatan mampu meningkatkan skala operasi, memasuki pasaran baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan.

Unifi Business merupakan penaja utama Jelajah Jiwa SME 2026 yang akan menjelajah ke lima negeri; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Terengganu, Selangor dan Kedah.

Must Watch Video

Advertisement