KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak, ke Selasa depan.
Ini berikutan peguam bekas perdana menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sedang cuti sakit sehingga 9 Oktober.
Peguam Alaistair Brandah Norman memaklumkan, Muhammad Shafee mengalami demam dan jangkitan tekak yang teruk.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah bagaimanapun menolak permohonan supaya prosiding Selasa ini ditetapkan bagi pengurusan kes dengan alasan Muhammad Shafee mengendalikan satu kes rayuan di Mahkamah Tinggi.
Sequerah turut menolak permohonan untuk melapangkan prosiding Rabu ini kerana Muhamad Shafee akan mewakili Najib dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara yang tidak membenarkannya hadir pada persidangan Dewan Rakyat.
Beliau memberitahu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah pada Selasa.
“Kita mempunyai komitmen untuk menyelesaikan perbicaraan ini. Kita tidak boleh menunggu kes lain (selesai di hadapan mahkamah lain),” kata Sequerah.
Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan ke dalam akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.
Astro Awani
Thu Oct 06 2022

Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana 1MDB. - Gambar fail/Bernama

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Anak Najib menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin, memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pertembungan dua penjuru pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026, semalam.

31 Mac keputusan permohonan semakan kes SRC Najib
Tarikh keputusan itu disahkan oleh seorang daripada peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul.

Sudah 21 hari, Puad persoal keadilan Najib tertangguh
Katanya, penangguhan itu secara tak langsung akan menyebabkan kes Najib tidak mendapat keadilan yang telus.

Muhyiddin Yassin bukan Najib Razak - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal mengingatkan perwakilan parti dan rakyat bahawa kes pendakwaan di mahkamah melibatkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sama dengan kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

AGC fail notis rayuan berhubung keputusan kes Najib, Arul Kanda pinda laporan audit 1MDB
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Najib dan Arul Kanda daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Santhara tidak sepatutnya pergi ke NZ ketika pandemik - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa lawatan 55 hari ke New Zealand oleh bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Edmund Santhara Kumar.

Tunggakan cukai RM1.7 bilion: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan Najib, anak 14 Jun
Mahkamah Persekutuan menetapkan 14 Jun ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin berhubung kes tunggakan cukai pendapatan.

1MDB: Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan mahkamah
Anwar Ibrahim telah berulang kali menegaskan bahawa beliau dan kerajaan sama sekali tidak akan mencampuri urusan mahkamah.

Hakim baharu dengar bicara kes Najib ubah wang SRC RM27 juta
Hakim K.Muniandy menggantikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan.