Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin membangkitkan satu persoalan sama ada Peguam Negara era kerajaan BN boleh didakwa kerana tidak mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian susulan kenyataan Peguam Negara berkenaan Najib tidak melakukan kesalahan dalam kes pemindahan RM42 juta daripada anak syarikat 1MDB iaitu SRC International kepada bekas perdana menteri tersebut.
Bagaimanapun, Mohamed Hanipa tidak berhasrat untuk membuat sebarang spekulasi berhubung nasib yang bakal diterima Peguam Negara berkenaan.
“Adapun isu adakah beliau juga wajar didakwa, saya tidak mahu membuat spekulasi.
“Namun, jika diandaikan Peguam Negara yang baharu nanti memutuskan akan mendakwa bekas Perdana Menteri BN di mahkamah bagi kes pemindahan RM42 juta tersebut, saya rasa berkemungkinan besar Peguam Negara itu (era BN) juga berdepan risiko yang besar untuk didakwa dengan pertuduhan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Hanipa menyatakan di bawah Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan, seorang Peguam Negara ada budi bicara untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang atas sesuatu kesalahan jenayah.
“Namun seperti mana titah Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam kes Sri Lempah Enteprise tidak wujudnya budi bicara mutlak kerana 'absolute discretion is a contradiction in terms'
“Lagipun, jika budi bicara itu dilihat telah secara sengaja disalahgunakan bagi melindungi seorang penjenayah yang jelas melakukan jenayah, saya tidak fikir budi bicara tersebut boleh melindungi hatta seorang Peguam Negara."
Namun beliau enggan berspekulasi sebaliknya meminta seluruh rakyat sama-sama tunggu tindakan Peguam Negara yang baharu kelak.
Tambahnya, sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (Harapan) mendesak agar Peguam Negara tersebut meletakkan jawatan secara terhormat daripada dipecat.
Terdahulu, Peguam Negara lantikan BN berkata tidak ada bukti penyalahgunaan wang 1MDB daripada mana-mana penyiasatan agensi penguatkuasaan undang-undang membabitkan pelbagai bidang kuasa.
Malah katanya, Jabatan Peguam Negara Malaysia (AGC) mengambil perhatian mengenai tindakan undang-undang sivil terbaharu oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Sinar Harian
Tue May 29 2018
Mohamed Hanipa berkata, di bawah Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan, seorang Peguam Negara ada budi bicara untuk mendakwa atau tidak mendakwa seseorang atas sesuatu kesalahan jenayah. - Gambar fail
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew
Johor mesti memacu kadar automasi, penggunaan teknologi baharu serta gaji yang lebih tinggi secara menyeluruh untuk memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
AWANI Ringkas: Kebocoran gas | Tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.
Tumpuan Khamis - 02 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Singapura mahu warga bersatu, kekalkan kestabilan politik dalam ucapan terakhir
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura supaya terus bersatu padu dan mengekalkan kestabilan politik bagi hala tuju Singapura ke hadapan.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Profil Malaysia semakin meningkat di mata dunia - PM Anwar
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.