Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan dakwaan bahawa pejabatnya di Putrajaya telah dikunci, lapor portal The Malay Mail.

"Tidak pejabat saya tidak dikunci. Pegawai saya boleh masuk dan keluar untuk melakukan kerja mereka. Sebahagian daripada mereka bekerja semasa cuti. Terima kasih," Apandi dipetik sebagai berkata oleh The Malay Mail.

Sebelum ini, The Sun Daily melaporkan Apandi mengesahkan bahawa pejabatnya telah dikunci.

Mengulas laporan itu, Apandi dipetik sebagai berkata beliau mengesahkan pejabatnya dikunci berdasarkan gambar yang telah viral.

"Saya berkata ia kelihatan begitu dari foto itu, tetapi setelah memeriksa dengan pegawai saya, mereka memaklumkan saya bahawa mereka dibenarkan masuk ke pejabat," katanya lagi.