awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat pos, Pos Laju tetap beroperasi di sekitar Kota Setar - Pos Malaysia

Bernama
Bernama
12/09/2020
11:19 MYT
Pejabat pos, Pos Laju tetap beroperasi di sekitar Kota Setar - Pos Malaysia
Pos Malaysia akan terus memantau keadaan dan akan mengemas kini pelanggan kami terhadap sebarang perubahan dalam operasi. -Bernama
Semua pejabat pos dan pusat perkhidmatan Pos Laju sekitar Kota Setar, Kedah, akan dibuka seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran yang dikenakan di kawasan itu dari 11 Sept hingga 25 Sept.
Pos Malaysia dalam satu kenyataan hari ini bagaimanapun menasihatkan pelanggan supaya bersabar terhadap kemungkinan terdapat kelewatan dalam penghantaran, terutama kepada premis perniagaan di kawasan berkenaan sepanjang tempoh itu.
"Semua pelanggan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), yang antara lain termasuk memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan pendaftaran maklumat peribadi semasa berada di pejabat pos dan pusat perkhidmatan Pos Laju.
"Pos Malaysia akan terus memantau keadaan dan akan mengemas kini pelanggan kami terhadap sebarang perubahan dalam operasi kami," menurut kenyataan itu.
Khamis lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPD secara pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar, Kedah selepas mengambil kira peningkatan kes positif COVID-19 membabitkan Kluster Sungai dan Telaga di daerah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedah
#kes positif
#keselamatan
#Kota Setar
#pejabat pos
#PKPD pentadbiran
#pos laju
#pos malaysia
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan