KUALA LUMPUR:Gara-gara cuba melintas laluan di lebuh raya, seorang pejalan kaki maut dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) malam tadi.
Insiden berlaku di Kilometer 12.3 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari arah Ampang ke Gombak.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe, hasil siasatan awal mendapati, mangsa disyaki melintas secara mengejut dari bahu jalan kanan ke kiri.
"Sebuah kereta SUV jenis Honda yang berada di laluan paling laju tidak sempat mengelak lalu merempuh lelaki itu.
"Akibatnya, mangsa tercampak beberapa meter. Mangsa didapati cedera parah di kepala. Manakala pemandu SUV tidak mengalami sebarang kecerderaan," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Mon Dec 07 2020

SUV yang merempuh seorang lelaki yang tiba-tiba melintas di MRR2. - Astro AWANI

Tiada keperluan lagi untuk panggil sidang Parlimen - Takiyuddin
Persidangan Parlimen akan diputuskan oleh Jemaah Kabinet berdasarkan keadaan semasa sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong.
![[SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893459/15793218591614752873088_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Menteri Kesihatan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ikuti sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Langgar Lari | Polis buru pemandu 4X4 selepas mangsa maut
Polis memburu pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lari seorang pekerja pembinaan di Sungai Petani malam tadi. Mangsa, M Nagelan, maut di tempat kejadian selepas cedera parah akibat dirempuh kenderaan itu dari belakang.

Vaksin COVID-19 | Pegawai, anggota bomba di Melaka terima suntikan
Seramai 534 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu.

Lompat Parti | Lima ADUN lompat parti disifatkan khianat
Tindakan lima ADUN Amanah yang keluar parti dan menyetakan hasrat untuk menyertai PKR, baru-baru ini disifatkan sebagai perbuatan khianat.

Vaksin COVID-19 | Menyelaras pemberian dan penerimaan vaksin
Kita bersama Dr Khor Swee Kheng, Pakar Dasar kesihatan awam.

Serangan Gajah | Pekebun bimbang gajah liar musnah tanaman
Pekebun Orang Asli di Kampung Char, Pos Hendrop di Gua Musang, Kelantan bimbang selepas sekumpulan gajah liar dikesan memusnahkan tanaman pisang, ubi, kelapa dan pinang sejak seminggu lalu. Kawasan kebun seluas lebih 8 hektar itu kerap diserang gajah menyebabkan mereka kerugian sehingga puluhan ribu ringgit.

COVID-19: MIDA lancar portal mudahcara kemasukan pelancong perniagaan
Portal berkenaan merupakan sebahagian komponen kritikal Kerajaan Malaysia khusus bagi mempercepatkan kemasukan pelancong perniagaan.

Potong barisan untuk divaksinasi? Denda sehingga RM10,000 menanti!
Tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah.

Rasuah | Tambah baik undang-undang berkaitan rasuah
Kita bersama Prof Madya Dr. Salawati Mat Basir, Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa dan Pengajian Keselamatan UKM bagi penjelasan dan perinciannya.

Pemandu mabuk rempuh penunggang motosikal ditahan
Suspek berusia 26 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Padang beberapa jam selepas kejadian.

Bas bawa pesakit COVID-19 rempuh plaza tol
Bas itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang terletak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Dua suspek rempuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas direman
Perintah reman selama empat hari itu dikeluarkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah selepas kedua-dua suspek dibawa oleh polis ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas
Sebuah video tular memaparkan sebuah kereta merempuh beberapa kenderaan lain di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh dalam usaha melarikan diri dari polis.

Kereta rempuh kedai makan, tukang masak maut
Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) merempuh kedai makan menyebabkan seorang tukang masak maut.

Myvi rempuh van di Bandar Kinrara, pemandu cuba larikan diri berjaya ditahan
Kenderaan mangsa dirempuh dari belakang menyebabkan van dipandunya terbalik.

Wanita pandu lawan arus rempuh tiga kenderaan lain di Perai
Gara-gara tidak tahu jalan, seorang wanita langgar dua buah kereta dan sebuah motosikal ketika dia memasuki laluan bertentangan.

Pemandu ditahan cuba rempuh SJR
Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, suspek lelaki tempatan berusia 45 tahun itu diarah oleh anggota bertugas di SJR supaya menghentikan kenderaan di tepi jalan bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

Dua lelaki bawa 415kg daun ketum nekad rempuh SJR sebelum ditahan
Dua lelaki bertindak nekad merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Batu 6, Batu Melintang, Jeli ketika dikejar polis akhirnya membawa padah selepas berjaya ditahan bersama 415 kilogram daun ketum

PKP 2.0: Lelaki rempuh sekatan jalan raya COVID-19 ditahan
Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit.