awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan

Bernama
Bernama
19/01/2025
11:33 MYT
Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.
JOHOR BAHRU: Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata mangsa lelaki berusia 68 tahun cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Alza yang dipandu lelaki tempatan berusia 40 tahun dari arah Jalan Prisma menuju ke Johor Bahru, cuba mengelak kereta Honda CRV yang terbabas, sebelum melanggar batu konkrit pembahagi jalan.
"Akibat daripada kejadian itu, kereta Perodua Alza terbabit telah terbabas dan terlanggar mangsa yang sedang mengambil gambar kejadian kemalangan sebelum itu.
"Pemandu kereta Perodua Alza mengalami kecederaan pada bahagian kepala, muka, tangan kiri dan kaki kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Balveer Singh berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Pada masa sama, kita menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini agar menyalurkannya kepada pegawai penyiasat Inspektor Ong Jin Siong di talian 011-16490168," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pejalan kaki
#kemalangan
#Polis Daerah Johor Bahru Utara
#ambil gambar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan