awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejalan kaki warga India maut dilanggar kereta

Bernama
Bernama
05/01/2023
22:15 MYT
Pejalan kaki warga India maut dilanggar kereta
Polis cari waris atau majikan mangsa yang maut kemalangan di KM23 Jalan Klang - Banting, Kuala Langat pada Khamis, gambar kecil: Ramakrishnan Aravint - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang pejalan kaki warga India maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer (KM) 23, Jalan Klang-Banting-Kuala Lumpur, Banting, dekat sini, pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira 1.10 pagi, mangsa dikenali sebagai Ramakrishnan Aravint, 24, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun itu menghala ke arah Banting dari Klang sebelum merempuh mangsa yang sedang melintas jalan.
"Akibat daripada perlanggaran itu pejalan kaki berkenaan telah terpelanting pada cermin besar hadapan dan jatuh di atas pembahagi jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
"Pemandu kereta yang bekerja sebagai ejen insurans tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan semalam.
Ahmad Ridhwan berkata pihaknya sedang mengesan waris atau majikan mangsa bagi proses pengecaman mayat di Unit Forensik, Hospital Banting dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran menerusi talian 011-62622972 atau 03-31872222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pejalan kaki
#warga india
#Ramakrishnan Aravint
#dilanggar kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan