awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekan Papan layak diangkat Tapak Warisan Dunia UNESCO

Bernama
Bernama
06/12/2024
13:18 MYT
Pekan Papan layak diangkat Tapak Warisan Dunia UNESCO
Pekan Papan yang terletak di daerah Batu Gajah layak diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). - Bernama
BATU GAJAH: Pekan Papan di sini yang kaya dengan nilai sejarah layak diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ahli Lembaga Eksekutif Majlis Antarabangsa untuk Monumen dan Tapak Warisan (ICOMOS) Malaysia Dr Goh Ai Tee berkata pekan itu, mempunyai nilai warisan yang signifikan manakala bangunan lama di Papan masih utuh dan mempunyai keunikan seni bina tersendiri.
Papan yang wujud lebih seabad lepas, pernah pesat membangun semasa kegemilangan perlombongan bijih timah dan antara bandar tertua di Lembah Kinta tetapi selepas kemerosotan industri itu, pekan berkenaan yang berkeluasan 28.7 hektar bertukar sepi sehingga menerima julukan pekan berhantu.
"Bagi kami (ICOMOS), Papan antara kampung baru di sebuah pekan lama yang diwakili dengan baik dan pada masa yang sama, keaslian tempat ini masih terpelihara. Industri perlombongan bijih timah merosot pada 1970-an hingga 1980-an dan pekan ini khususnya tidak mengalami pembangunan dalam tempoh 50 tahun lepas.
"Usaha bagi menyiapkan dokumentasi pekan Papan bagi mendapat pengiktirafan UNESCO telah dilakukan sejak tiga tahun lepas," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pekan berkenaan di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Naratif dan Kurator Imperial War Museums (IWM) Carl Warner berkata kisah rakyat Malaysia semasa era darurat di negara ini akan dipamerkan dalam sebuah pameran yang dinamakan 'Emergency Exits' di IWM, London.
"Kami telah merancang pameran ini selama beberapa tahun. Pameran berkenaan dijangka berlangsung pada Oktober tahun depan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#papan
#tapak warisan dunai
#Unesco
#warisan sejarah
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan