awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekebun dipenjara empat tahun lakukan pemerasan ke atas warga emas

Bernama
Bernama
10/02/2025
09:45 MYT
Pekebun dipenjara empat tahun lakukan pemerasan ke atas warga emas
Seorang pekebun dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah melakukan pemerasan terhadap seorang wanita warga emas. - Foto hiasan
KOTA BHARU: Seorang pekebun dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melakukan pemerasan terhadap seorang wanita warga emas.
Mohd Zakuan Jaafar, 38, didakwa melakukan perbuatan tersebut menyebabkan wanita berusia 62 tahun itu ketakutan akan dibunuh sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM100.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kedai makan di Kampung Lubok Simpol di Kuala Krai, pada 11 pagi, 28 Jan lepas mengikut Seksyen 386 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.
"Saya minta duit dan ugut bunuh kerana dia (mangsa) berhutang dengan saya," kata Mohd Zakuan.
Hakim Zulkifli Abllah sebelum menjatuhkan hukuman, menasihatkan tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama kerana perbuatannya yang menggunakan parang adalah serius, sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM3,000 dan tambahan penjara 12 bulan jika Mohd Zakuan gagal menjelaskan denda tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekebun
#dipenjara
#pemerasan
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan