awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekebun durian rugi RM20,000 ditipu 'pegawai LHDN, polis'

Sinar Harian
Sinar Harian
20/08/2021
03:26 MYT
Pekebun durian rugi RM20,000 ditipu 'pegawai LHDN, polis'
Mangsa yang mula curiga telah membuat semakan di Pejabat LHDN Cawangan Raub dan mendapati tiada cukai tertunggak direkodkan atas namanya.
KUANTAN: Seorang pekebun durian menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis sehingga mengalami kerugian RM20,000 pada Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 28 tahun dari Raub itu dihubungi suspek kononnya pegawai LHDN Alor Setar untuk pengesahan maklumat peribadi.
Menurutnya, panggilan kemudian disambung kepada seorang 'pegawai polis' di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar untuk semakan berhubung kes tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa.
"Mangsa diarah menjelaskan tunggakan cukai berjumlah RM17,000 bagi mengelak tindakan mahkamah.
"Bimbang dikenakan tindakan, mangsa akur dan membuat bayaran itu pada hari sama dengan jumlah keseluruhan RM20,000 melalui pindahan wang ke akaun bank atas nama seorang lelaki," katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.
Mohd Wazir berkata, selepas bayaran dibuat mangsa cuba menghubungi suspek namun gagal apabila nombor telefon yang digunakan telah ditamatkan.
"Mangsa yang mula curiga telah membuat semakan di Pejabat LHDN Cawangan Raub dan mendapati tiada cukai tertunggak direkodkan atas namanya.
"Syak telah ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Raub pada Khamis untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, kertas siasatan kes tersebut dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#scam
#tipu
#LHDN
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan