awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
[KOLUMNIS] Runtuhnya institusi keluarga: Ancaman "hipermodeniti" terhadap ekologi sosial Malaysia
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekemas gesa sekat jualan arak Timah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2021
22:15 MYT
Pekemas gesa sekat jualan arak Timah
Faizan Mohd Nor (kanan) selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) menggesa pihak berkuasa menghentikan segera penjualan wiski jenama Timah keluaran syarikat tempatan yang dianggap menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.
Presidennya, Faizan Mohd Nor berkata, pihaknya memohon siasatan dijalankan ke atas semua pihak yang terlibat kerana jenama arak 'Timah' itu seakan-akan mempersendakan nama anak bongsu Nabi Muhammad iaitu Fatimah.
"Kami meminta kertas siasatan dibuka dengan memanggil pihak yang terlibat secara langsung termasuk pengarah syarikat berkenaan dan pihak kementerian berkaitan yang memberi kelulusan penggunaan nama Timah yang begitu mengelirukan.
"Menteri agama yang begitu lantang dalam pengharaman arak di Malaysia turut diminta menjawab isu penggunaan nama Timah yang seakan menghina Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin.
Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan tarikh pelancaran dan tindakan syarikat terbabit yang menyiarkan majlis pelancaran minuman keras tersebut secara terbuka di media sosial.
Menurut Faizan, lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) akan menyuarakan bantahan jika tindakan tegas dan telus tidak diambil dengan segera.
“Kita mahu tindakan diambil segera dalam isu ini. Jika tidak, saya yakin lebih ramai NGO akan tampil untuk menuntut perkara sama,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung perkara terbabit.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#minuman keras
#timah
#Faizan Mohd Nor
#Pekemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan