Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kejadian pekerja asing yang melarikan diri dari pusat kuarantin bukan disebabkan oleh kelemahan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua pekerja asing terbabit bukan kes positif COVID-19, sebaliknya diarahkan menjalani kuarantin susulan mempunyai kontak rapat dengan kes positif.
"Jadi, setakat ini kita sudah buat laporan polis dan polis sedang ambil tindakan kepada mereka yang lari dari pusat kuarantin.
"Setakat ini, seramai 147 pekerja warga asing telah melarikan diri dari pusat kuarantin iaitu kumpulan pembinaan," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Rabu.