awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja buruh ditahan peras ugut tauke kedai runcit

Sinar Harian
Sinar Harian
24/08/2022
03:40 MYT
Pekerja buruh ditahan peras ugut tauke kedai runcit
Polis Daerah Ampang Jaya berjaya memberkas suspek terbabit pada jam 12.05 tengah malam Selasa di Pandan Perdana. - Gambar hiasan
AMPANG: Seorang buruh ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan di sebuah kedai runcit di medan selera Pandan Perdana, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian jam 6 petang, suspek berusia 41 tahun itu datang ke kedai berkenaan dan meminta seorang lelaki berusia 64 tahun membayar wang perlindungan RM100.
"Suspek turut mengugut akan merosakkan barangan kedai milik mangsa. Suspek turut menendang barangan di kedai itu serta mengugut akan datang memukul mangsa di kemudian hari," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohamad Farouk berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek terbabit pada jam 12.05 tengah malam Selasa di Pandan Perdana.
"Kita turut merampas sebuah telefon bimbit untuk membantu siasatan. Hasil semakan mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.
"Suspek direman empat hari bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wang perlindungan
#pekerja buruh
#peras ugut
#kedai runcit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan