Seorang pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) maut sementara tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta ketika melakukan kerja mengecat garisan jalan di Jalan Lorong Pandan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera, Melaka, pagi tadi.
Dalam kemalangan pukul 10 pagi itu, Tambi Chik Selim, 57 tahun maut di lokasi kejadian manakala dua lelaki yang juga rakan sekerja mangsa masing-masing berusia 39 dan 56 tahun cedera parah.
Seorang lagi pekerja yang belum dikenal pasti pula cedera ringan manakala wanita yang memandu kereta jenis Perodua Viva berusia 67 tahun itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu wanita warga emas itu dalam perjalanan dari Lorong Pandan menghala ke Limbongan.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandu suspek gagal dikawal sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh tiga motosikal pekerja JKR yang diparkir di bahu kiri jalan itu.
Beliau berkata, pada masa sama, empat pekerja JKR yang sedang berehat selepas menjalankan kerja mengecat dan menyusun kon di lokasi kejadian turut dirempuh kereta terbabit.
Hasan Basri berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat manakala tiga yang cedera dihantar hospital sama untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, pemandu kereta ditahan untuk siasatan lanjut dan sampel darah turut diambil bagi pemeriksaan kandungan alkohol serta dadah.
Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Fri Aug 21 2020

Dalam kemalangan pukul 10 pagi itu, Tambi Chik Selim maut di lokasi kejadian manakala dua lelaki yang juga rakan sekerja mangsa masing-masing berusia 39 dan 56 tahun cedera parah. - Gambar Astro AWANI

Samun | Geng samun Ah Boon ditahan
Polis menumpaskan Geng Ah Boon yang terbabit dalam kes samun warga asing Ini susulan penahanan tiga ahli kumpulan itu ditahan, malam Rabu.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019, jangka peningkatan pada 2021
Walaupun terdapat penurunan dua digit dalam TIV, ia pencapaian yang baik bagi industri automotif tempatan.

Zahid Hamidi sahkan negatif COVID-19 selepas hadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO
Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.

TERKINI | Integrasi rentas sempandan

AWANI Ringkas: Bantuan banjir mencukupi hingga tiga bulan

Manfaat bantuan PERMAI kepada usahawan mikro

Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers Meeting' (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers’ Meeting (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pasangan warga emas maut tersepit dalam nahas kereta-lori di Tampin
Norfaizal berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 8.46 malam dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 8.52 malam.

Darurat: PH hantar tiga nama untuk Jawatankuasa Khas Bebas
Tiga wakil tersebut ialah Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Bharu), Anthony Loke (Seremban), dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Sebanyak 321 kesalahan direkod selama dua hari penugasan bantu PDRM - JPJ
JPJ merekodkan sebanyak 321 kesalahan pengguna jalan raya bagi tempoh dua hari penugasan bersama PDRM semasa pelaksanaan PKP dalam operasi bersepadu Codenamed@ Op COVID-19, seluruh negara.

Ibu dan bayi perempuan maut, kereta dinaiki langgar pokok
Pemandu B. Guna yang juga suami Nagaranjini, dan anak lelaki mereka, G. Trishikan, 6, masing-masing patah kaki kiri dan mengalami luka-luka.

Langgar lubang jalan dan hilang kawalan, penghantar makanan maut
Mangsa berusia 31 tahun itu hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan selepas terlanggar lubang jalan.

Langkah wajibkan ciri-ciri keselamatan basikal untuk seluruh negara, bukan hanya di Putrajaya
Ia tertakluk di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pemandu treler maut kemalangan tiga lori
Seorang lelaki maut selepas lori treler yang dipandunya terbabit kemalangan dengan dua lori lain di Km273.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi tadi.

Satu maut, enam cedera dalam kemalangan di Port Dickson
Seorang lelaki maut manakala enam remaja lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Km13.8 Jalan Seremban-Port Dickson, berhampiran simpang Kampung Batu 7, Sungai Sendayan semalam.

Dua maut, seorang parah selepas tercampak keluar dari kenderaan di Port Dickson
Sepasang suami isteri maut manakala anak saudara perempuan mereka cedera parah selepas kesemua mereka tercampak keluar dari kenderaan jenis Honda HRV yang dinaiki dalam kemalangan di Port Dickson.

Identiti tiga kanak-kanak maut kemalangan di Lebuhraya PLUS dikenal pasti
Polis mengenal pasti identiti tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan dan dua lori di KM272.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, dekat sini, petang ini.

Pemandu lori tidak mengaku sebabkan kematian dua staf JKNP
Tertuduh, didakwa memandu di bawah pengaruh dadah menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan sehingga mengakibatkan kematian.

Polis selesai ambil keterangan Syafiq Ahmad
Syafiq hadir memberi keterangan di IPD Seberang Perai Selatan di Jawi, semalam.