Skip to main content

Malaysia

Pekerja kedai makan diserang sawan ditemui lemas dalam Sungai Kedah

Foto AWANI
Mayat mangsa ditemukan di dasar sungai oleh anggota PPDA pada jam 12.30 tengah malam. - Foto Astro AWANI

ALOR SETAR: Pekerja sebuah kedai makan ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Kedah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu mangsa Mohd Asuad Abdul Rashid, 36 tahun, dipercayai terjatuh akibat serangan sawan.

Advertisement

Ketua Zon 1, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Alor Setar digerakan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA). Pada awal operasi, pencarian dilakukan di permukaan air di tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

“Anggota penyelam turut menghadapi kesukaran berikutan kedalaman sungai melebihi empat meter selain terdapat batang kayu dan joran pemancing di dasar sungai,” katanya di lokasi kejadian.

Ahmad Aminudin berkata, jasad mangsa ditemukan di dasar sungai oleh anggota PPDA pada jam 12.30 tengah malam.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
 

Must Watch Video